Wujud sistem satu sekolah, ketepi perkara remeh - PPBM

Wujud sistem satu sekolah, ketepi perkara remeh - PPBM - Hallo sahabat Berita Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Wujud sistem satu sekolah, ketepi perkara remeh - PPBM, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel berita hari ini, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, Artikel kabar kabur, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Wujud sistem satu sekolah, ketepi perkara remeh - PPBM
link : Wujud sistem satu sekolah, ketepi perkara remeh - PPBM

Baca juga


Wujud sistem satu sekolah, ketepi perkara remeh - PPBM

Imej hiasan
PETALING JAYA: Seorang pemimpin PPBM hari ini mencadangkan supaya kerajaanmewujudkan sistem satu sekolah berikutan bantahan persatuan pendidikan Cina Dong Zong terhadap langkah Kementerian Pendidikan memperkenalkan tulisan khat di sekolah vernakular yang menimbulkan kontroversi berpanjangan.
Ahli majlis tertinggi PPBM, Tariq Ismail berkata, kerajaan perlu menjadikan sekolah kebangsaan lebih baik daripada sekolah vernakular.

“Kerajaan tak perlu beri apa apa peruntukan atau sumbangan kepada sekolah vernakular,” katanya dalam satu kenyataan di laman Facebooknya.

Tariq juga mencadangkan supaya semua sekolah, tanpa mengira sekolah kebangsaan atau sekolah Cina, hendaklah memastikan semua pelajar mempelajari Rukun Negara.

Beliau berkata, perkara itu perlu diwajibkan dan peperiksaan mengenai diadakan setiap tahun.

“Kalau ada bantahan atas cadangan ini, ia bukan rasis, tetapi satu pengkhianatan.

“Jika kita tidak dapat membetulkan orang dewasa untuk berfikir secara rasional, (maka) kita boleh memperbaiki anak-anak kita,” katanya.

Dalam pada itu Tariq berkata, rakyat harus memberi tumpuan kepada isu lebih besar yang perlu dihadapi negara, bukannya bergaduh tentang perkara remeh.

“Nak gaduh lagi pasal khat adalah permulaan Islamisasi? Nak gaduh lagi pasal apa yang Dr Zakir Naik ucap,” katanya merujuk kepada kontroversi penceramah warga India itu yang didakwa menimbulkan ketidaktenteraman awam dalam ceramahnya di Kota Bharu minggu lepas.

“Apabila kita melawan antara satu sama lain pasal perkara yang remeh, perkara lebih besar akan merayap dan esok kita akan bangun menjadi hamba kepada syarikat asing,” katanya.

Tariq berkata, antara perkara besar yang perlu diberikan perhatian, termasuklah isu liberalisasi sektor tenaga, yang akan menyebabkan penyumbang utama kepada ekonomi negara itu akan hilang pendapatan, sementara kontraktor Melayu yang terlibat dalamnya akan kehilangan pekerjaan.

“Akhirnya, kontraktor Cina pun akan mati kerana orang asing yang mempunyai modal akan mengawal (industri) tenaga Malaysia,” katanya.


Demikianlah Artikel Wujud sistem satu sekolah, ketepi perkara remeh - PPBM

Sekianlah artikel Wujud sistem satu sekolah, ketepi perkara remeh - PPBM kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Wujud sistem satu sekolah, ketepi perkara remeh - PPBM dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2019/08/wujud-sistem-satu-sekolah-ketepi.html

Subscribe to receive free email updates: