RAKYAT KELUH-KESAH DENGAN KERAJAAN PH, TIDAK ADA DASAR BAHARU MENYAKINKAN

RAKYAT KELUH-KESAH DENGAN KERAJAAN PH, TIDAK ADA DASAR BAHARU MENYAKINKAN - Hallo sahabat Berita Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul RAKYAT KELUH-KESAH DENGAN KERAJAAN PH, TIDAK ADA DASAR BAHARU MENYAKINKAN, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel berita hari ini, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, Artikel kabar kabur, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : RAKYAT KELUH-KESAH DENGAN KERAJAAN PH, TIDAK ADA DASAR BAHARU MENYAKINKAN
link : RAKYAT KELUH-KESAH DENGAN KERAJAAN PH, TIDAK ADA DASAR BAHARU MENYAKINKAN

Baca juga


RAKYAT KELUH-KESAH DENGAN KERAJAAN PH, TIDAK ADA DASAR BAHARU MENYAKINKAN






Ketua UMNO bahagian Bakri, Hj Fuad Tukirin berkata rakyat hari ini melahirkan keluh-kesah dengan kerajaan yang tidak mempunyai dasar jelas serta pendekatan terhadap dasar-dasar baharu untuk mereka.

Menurut beliau kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang dibina selepas PRU lalu jelas bukan sahaja tidak menampakkan perkembangan yang terkini di dalam pelaksanaan dasar-dasar untuk rakyat dan sebagainya malah lebih daripada itu yang menyebabkan rakyat mula menyatakan keluh-kesah terhadap kerajaan hari ini.

“Kalau saya turun ke akar umbi terdapat keluhan-keluhan yang tidak masuk akal… perkara-perkara yang tidak masuk akal. Oleh itu, marilah kita bersama-sama bersatu hati dalam perpaduan ummah untuk kepentingan rakyat dan negara keseluruhannya,” katanya kepada UMNO-Online, semalam.

Terdahulu sebelum itu UMNO bahagian Bakri mengadakan mesyuarat yang dirasmikan oleh Naib Presiden UMNO Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, di Classic Hotel Muar.

Dalam ucapan aluan-aluannya, Fuad memberitahu sokongan dan dokongan ahli parti di bahagian berkenaan Alhamdulillah bukan sahaja tidak luntur malah makin meningkat walaupun parti mengalami kekalahan pada pilihan raya umum yang lalu.

Tambahnya kehadiran 700 perwakilan daripada cawangan-cawangan bahagian Bakri membuktikan segala-galanya bahawa akar umbi masih kukuh dan terus bergerak dan melaksanakan tanggungjawab berasaskan perlembagaan parti.

“Semuanya tidak ada berubah… semuanya tidak beralih arah… malah mesyuarat diperingkat cawangan tidak ada satu pun yang tidak dilaksanakan. Alhamdulillah kami berada di dalam satu kekeluargaan,” katanya.

Katanya lagi UMNO bahagian Bakri mempunyai keahlian seramai 20,251 ahli dan cawangan pula sebanyak 128 cawangan, Pergerakan Wanita, 126 cawangan, Pemuda 100 cawangan dan Puteri pula 37 cawangan.

“Tahniah dan syabas kepada seluruh cawangan yag berjaya mengadakan persidangan masing-masing dan inilah semangat dan komitmen kita. Insya-Allah kita akan terus bergerak dan Alhamdulillah hari ini mesyuarat peringkat bahagian kehadirannya cukup ramai dan amat membanggakan,” tambahnya.




Demikianlah Artikel RAKYAT KELUH-KESAH DENGAN KERAJAAN PH, TIDAK ADA DASAR BAHARU MENYAKINKAN

Sekianlah artikel RAKYAT KELUH-KESAH DENGAN KERAJAAN PH, TIDAK ADA DASAR BAHARU MENYAKINKAN kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel RAKYAT KELUH-KESAH DENGAN KERAJAAN PH, TIDAK ADA DASAR BAHARU MENYAKINKAN dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2019/08/rakyat-keluh-kesah-dengan-kerajaan-ph.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :