[KUANTAN] PANTAU KILANG CEMAR ALAM SEKITAR: EXCO KERAJAAN NEGERI

[KUANTAN] PANTAU KILANG CEMAR ALAM SEKITAR: EXCO KERAJAAN NEGERI - Hallo sahabat Berita Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul [KUANTAN] PANTAU KILANG CEMAR ALAM SEKITAR: EXCO KERAJAAN NEGERI, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel berita hari ini, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, Artikel kabar kabur, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : [KUANTAN] PANTAU KILANG CEMAR ALAM SEKITAR: EXCO KERAJAAN NEGERI
link : [KUANTAN] PANTAU KILANG CEMAR ALAM SEKITAR: EXCO KERAJAAN NEGERI

Baca juga


[KUANTAN] PANTAU KILANG CEMAR ALAM SEKITAR: EXCO KERAJAAN NEGERI






Jawatankuasa Pemantauan Pelupusan Buangan Berbahaya akan membuat pemeriksaan dan pemantauan terhadap kilang yang berpotensi mencemarkan alam sekitar di Pahang secara berkala.

Exco Pelancongan, Alam Sekitar dan Perladangan negeri, Dato' Sri Mohd Sharkar Shamsudin berkata, pemantauan berkenaan akan dilaksanakan oleh unit penguatkuasaan jawatankuasa itu.

Menurutnya, penggunaan sistem pemantauan pelepasan berterusan (CEMS) dan pemantauan melalui penghasilan buangan menerusi sistem notifikasi (E-SWISS) dijangka mampu membantu mengawal pencemaran.

“Selain itu keperluan orang yang berwibawa untuk menguruskan alat kawalan pencemaran juga penting dalam pelaporan pengawasan dan pemantauan alam sekitar.

"Kerajaan negeri juga memberi perhatian kepada kawasan berisiko tinggi yang dikenal pasti meliputi kawasan perindustrian terutama perindustrian berat dan sederhana," katanya pada pada sidang DUN hari ini.

Beliau menjawab soalan Young Syefura Othman (DAP-Ketari) yang ingin tahu usaha kerajaan negeri dalam memastikan kes pencemaran industri tidak berlaku di negeri ini.

Young Syefura juga menyoal tentang sama ada kawasan-kawasan yang berisiko tinggi telah dikenal pasti dan diselia dengan baik.

Mohd Sharkar menjelaskan kerajaan sudah lama mengambil inisiatif menubuhkan Jawatankuasa Pemantauan Pelupusan Buangan Berbahaya pada Mei lalu selepas isu pencemaran toksik di Sungai Kim Kim di Pasir Gudang, Johor.

Katanya, penubuhan jawatankuasa ini bagi memastikan tindakan segera dapat diambil jika berlaku sebarang perkara yang melibatkan soal pembuangan sisa berbahaya khususnya dalam industri perkilangan.

"Jawatankuasa ini ditubuhkan kerana hendak memastikan bahawa kita tahu di mana punca kuasa untuk kita mengambil tindakan," katanya.




Demikianlah Artikel [KUANTAN] PANTAU KILANG CEMAR ALAM SEKITAR: EXCO KERAJAAN NEGERI

Sekianlah artikel [KUANTAN] PANTAU KILANG CEMAR ALAM SEKITAR: EXCO KERAJAAN NEGERI kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel [KUANTAN] PANTAU KILANG CEMAR ALAM SEKITAR: EXCO KERAJAAN NEGERI dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2019/08/kuantan-pantau-kilang-cemar-alam.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :