KPM masih mengkaji kos dan menu Program Sarapan Percuma (PSP)

KPM masih mengkaji kos dan menu Program Sarapan Percuma (PSP) - Hallo sahabat Berita Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul KPM masih mengkaji kos dan menu Program Sarapan Percuma (PSP), kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel berita hari ini, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, Artikel kabar kabur, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : KPM masih mengkaji kos dan menu Program Sarapan Percuma (PSP)
link : KPM masih mengkaji kos dan menu Program Sarapan Percuma (PSP)

Baca juga


KPM masih mengkaji kos dan menu Program Sarapan Percuma (PSP)

KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan masih meneliti kos bersesuaian bagi pelaksanaan Program Sarapan Percuma (PSP) yang bakal dilaksanakan mulai tahun depan.

Menterinya, Dr Maszlee Malik, berkata menu PSP yang sesuai juga sedang dikaji dengan mendapatkan pandangan pakar pemakanan daripada beberapa kementerian berkaitan dan universiti tempatan.

Katanya, satu jawatankuasa khas juga akan ditubuhkan bagi membincangkan secara terperinci peruntukan yang bakal digunakan untuk melaksanakan PSP.

“Pada masa sekarang, kementerian sedang meneliti kos bersesuaian bagi memastikan semua murid dapat menikmati hidangan yang baik dan berkualiti.

“Penggunaan dana daripada cukai gula adalah sebahagian daripada cadangan akan diteliti oleh jawatankuasa khas yang ditubuhkan nanti.

“Proses penentuan menu PSP pula dibuat dengan berbincang dengan Kementerian Kesihatan, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani serta pakar pemakanan beberapa universiti tempatan bagi menjamin kualiti sarapan yang disediakan,” katanya.
Beliau berkata demikian menerusi hantaran status dalam akaun Facebook (FB) mengenai soalan lazim (FAQ) berkaitan PSP yang turut dirangkaikan dalam akaun Twitter beliau.

Semalam, Maszlee mengumumkan seramai kira-kira 2.7 juta murid sekolah rendah kerajaan dan bantuan kerajaan akan mendapat sajian sarapan berkhasiat secara percuma bermula sesi persekolahan tahun 2020.

Beliau berkata, langkah itu dibuat kerana di sebalik pemberian makanan percuma itu, berlaku perkara penting iaitu proses pendidikan sivik dan disiplin dapat diterapkan dalam kalangan pelajar.

Berdasarkan hantaran status FB itu, Maszlee berkata, PSP tidak akan membabitkan murid prasekolah dan sekolah menengah tetapi sajian makanan untuk murid prasekolah akan membabitkan tatacara perolehan berlainan.

Katanya, PSP akan menggunakan kaedah pengurusan Rancangan Makanan Tambahan (RMT) sedia ada dan sarapan berkenaan akan disediakan pengendali kantin sekolah.

Beliau berkata, cadangan waktu pelaksanaan PSP adalah selama 30 minit di antara jam 7 pagi hingga 8.30 pagi bagi sekolah sesi pagi dan di antara jam 12 tengah hari hingga 4 petang bagi sekolah sesi petang.

“PSP rintis dimulakan sejak awal bulan ini dan dijangka berakhir pada Oktober depan. Berdasarkan analisis PSP rintis ini, kementerian akan mengambil pendekatan bersesuaian untuk melaksanakannya secara lebih baik dan menyeluruh,” katanya.


Demikianlah Artikel KPM masih mengkaji kos dan menu Program Sarapan Percuma (PSP)

Sekianlah artikel KPM masih mengkaji kos dan menu Program Sarapan Percuma (PSP) kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel KPM masih mengkaji kos dan menu Program Sarapan Percuma (PSP) dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2019/08/kpm-masih-mengkaji-kos-dan-menu-program.html

Subscribe to receive free email updates: