2,530 HEKTAR HUTAN SIMPAN KEKAL PAHANG DICEROBOH

2,530 HEKTAR HUTAN SIMPAN KEKAL PAHANG DICEROBOH - Hallo sahabat Berita Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul 2,530 HEKTAR HUTAN SIMPAN KEKAL PAHANG DICEROBOH, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel berita hari ini, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, Artikel kabar kabur, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : 2,530 HEKTAR HUTAN SIMPAN KEKAL PAHANG DICEROBOH
link : 2,530 HEKTAR HUTAN SIMPAN KEKAL PAHANG DICEROBOH

Baca juga


2,530 HEKTAR HUTAN SIMPAN KEKAL PAHANG DICEROBOH






Seluas 2,530 hektar daripada 1.56 jua hektar Hutan Simpanan Kekal di Pahang diceroboh secara haram oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Menteri Besar, Dato' Sri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, rekod yang diperoleh membabitkan pencerobohan di beberapa daerah di negeri ini.

Menurutnya, antara kawasan yang terlibat ialah di Cameron Highlands, Raub dan Bukit Ibam di Rompin.

“Dalam menangani masalah ini, Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) melakukan pemantauan secara berkala.

"Bagi tahun ini, jabatan itu telah melaksanakan tiga operasi iaitu Ops Tanglung, Ops Lombong 4 dan Ops Peronda bagi menyekat aktiviti pembalakan dan perlombongan haram.

"Operasi itu bukan sahaja membabitkan Jabatan Perhutanan, malah agensi lain seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Jabatan Alam Sekitar (JAS), Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) dan Pejabat Tanah dan dan Galian (PTG)," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang di Wisma Sri Pahang di sini hari ini menjawab soalan Datin Samsiah Arshad (BN-Bukit Ibam) yang ingin tahu keluasan HSK di negeri ini.

Isu pencerobohan Hutan Simpan Kekal juga disentuh oleh Sim Chon Siang (PH-Teruntum) yang mendakwa hampir 50 hektar Hutan Simpan Kekal di Sungai Lembing di sini, diteroka secara haram yang menurutnya dapat dilihat dengan jelas semasa menaiki kapal terbang.

Dalam pada itu, Wan Rosdy berkata, pihak berkuasa tidak boleh bertindak secara melulu tanpa sebarang aduan yang diterima berhubung aktiviti pembalakan haram.

Jelasnya, langkah itu bertujuan menjamin keselamatan anggota yang menyiasat ke kawasan terbabit.

“Kita tidak mengetahui latar belakang pihak yang terbabit dalam aktiviti haram itu.. mereka bukan calang-calang orang kerana ia turut membabitkan kumpulan mafia atau gengster. Berdasarkan rekod, ada kakitangan PTG pernah menerima ugutan.

“Atas faktor, kita akan meneliti aduan terbabit sebelum sebarang tindakan susulan dilakukan dan ia tidak dilakukan secara tergesa-gesa," katanya.




Demikianlah Artikel 2,530 HEKTAR HUTAN SIMPAN KEKAL PAHANG DICEROBOH

Sekianlah artikel 2,530 HEKTAR HUTAN SIMPAN KEKAL PAHANG DICEROBOH kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel 2,530 HEKTAR HUTAN SIMPAN KEKAL PAHANG DICEROBOH dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2019/08/2530-hektar-hutan-simpan-kekal-pahang.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :