Judul : Tafsiran agama yang sempit tidak sepatutnya dibenarkan diajar di sekolah - Rafidah Aziz
link : Tafsiran agama yang sempit tidak sepatutnya dibenarkan diajar di sekolah - Rafidah Aziz
Tafsiran agama yang sempit tidak sepatutnya dibenarkan diajar di sekolah - Rafidah Aziz
Rafidah Aziz via Malaysiakini |
Bercakap dalam sebuah forum hari ini, Rafidah menegaskan amalan itu bercanggah usaha kerajaan dalam memupuk perpaduan di kalangan masyarakat berbilang kaum.
Beliau berkata keadaan sedemikian berlaku apabila sekolah dipimpin oleh pendidik yang menafsirkan pendidikan dengan cara mereka sendiri.
"Bila bercakap tentang penyatuan, jangan ajar di sekolah-sekolah yang kamu tidak boleh mengucapkan kepada orang lain Merry Christmas, kamu tak boleh mengucapkan Happy Deepavali kepada orang Hindu.
Beliau menjawab soalan hadirin mengenai langkah untuk menanamkan semangat perpaduan di kalangan rakyat Malaysia khususnya golongan muda.
Rafidah berkata masalah seperti itu tidak semestinya salah sistem pendidikan kerana kadangkala para guru menggunakan cara sendiri dalam mendidik para pelajar.
Beliau juga menceritakan pengalamannya melawat sebuah sekolah tadika di sebuah kampung di Kuala Kangsar apabila beliau disambut oleh kanak-kanak di sekolah berkenaan dengan persembahan nasyid.
"Ketika saya masih seorang MP dan menteri, saya pergi ke tadika yang ditaja kerajaan dan ada anak-anak kecil berusia lima tahun yang bertudung, menyanyi kepada kami orang dewasa, 'Ingatlah mati' dan sebagainya.
"Dalam ucapan ucapan saya, saya menghentam (pentadbiran) sekolah berkenaan. Adakah ini yang kamu ajar? Kanak-kanak ini belum pergi ke sekolah lagi dan kamu mahu mereka ingatkan orang dewasa tentang akhirat?".
"Adakah ini dasar kerajaan? Tidak. Kerajaan tidak tahu, jadi kita harus melaporkan penyimpangan ini, jika kita tidak berbuat demikian, penyimpangan ini menjadi norma," tambah Rafidah.
Sumber: Malaysiakini
Demikianlah Artikel Tafsiran agama yang sempit tidak sepatutnya dibenarkan diajar di sekolah - Rafidah Aziz
Sekianlah artikel Tafsiran agama yang sempit tidak sepatutnya dibenarkan diajar di sekolah - Rafidah Aziz kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Tafsiran agama yang sempit tidak sepatutnya dibenarkan diajar di sekolah - Rafidah Aziz dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2019/07/tafsiran-agama-yang-sempit-tidak.html