Subjek Sejarah dirombak semula agar lebih menarik - Maszlee

Subjek Sejarah dirombak semula agar lebih menarik - Maszlee - Hallo sahabat Berita Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Subjek Sejarah dirombak semula agar lebih menarik - Maszlee, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel berita hari ini, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, Artikel kabar kabur, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Subjek Sejarah dirombak semula agar lebih menarik - Maszlee
link : Subjek Sejarah dirombak semula agar lebih menarik - Maszlee

Baca juga


Subjek Sejarah dirombak semula agar lebih menarik - Maszlee

KUALA LUMPUR: Kajian semula sukatan subjek Sejarah di sekolah dibuat bagi membolehkan kandungannya menjadi lebih menarik, di samping memastikan penyampaian guru tidak membosankan.
Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik, berkata pindaan dan kajian semula yang dibuat itu tidak membabitkan pengguguran silibus.

Malah, katanya, kajian mengenai pindaan itu dimulakan pada 2017 ketika Barisan Nasional (BN) menerajui kementerian berkenaan.

“Hanya ada silibus yang tidak diajar di Tingkatan Tiga dan dibawa ke Tingkatan Empat.

“Ini bermakna apabila pelajar Tingkatan Empat masuk tahun depan, mereka akan mula dengan silibus baharu ini.

“Mereka akan lihat apa yang didakwa sebagai dimansuhkan, dihapuskan itu ada sebenarnya dalam subjek Sejarah Tingkatan Empat dengan bentuk yang lebih menarik, matang dan segar,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, hari ini.

Beliau berkata demikian susulan dakwaan segelintir pihak bahawa buku teks Sejarah Tingkatan Tiga dipinda membabitkan pemansuhan beberapa bab berkaitan pendudukan Jepun di Malaysia dan ancaman Parti Komunis Malaya serta darurat.
Maszlee berkata, rombakan dan kajian subjek itu dilakukan secara berperingkat-peringkat bermula Tingkatan Satu dan tahun ini tumpuan kepada Tingkatan Tiga.

“Kajian ini bukan berlaku selepas saya mengambil alih kementerian, sebaliknya sejak zaman BN lagi.

“Ini selaras dengan usaha melihat kandungan dan cara penyampaian subjek Sejarah supaya tidak menjadi subjek membosankan.

“Itu sebabnya bila saya lihat komen (Ahli Parlimen Ayer Hitam, Datuk Seri) Wee Ka Siong, saya tidak pasti sama ada waktu itu dia tidak tahu kementerian sudah melakukannya sejak zaman BN dan mungkin beliau boleh rujuk menteri terdahulu,” katanya.

Mengenai penurunan had usia mengundi mungkin membuka jalan parti politik memasuki sekolah, Maszlee berkata, sekolah terikat dengan pekeliling dan diwarta sebagai tempat pendidikan, bukan berpolitik.

“Pelajar berusia 18 tahun berlaku di luar (tamat) sekolah. Di sekolah kita mendidik rakyat dengan kesedaran demokrasi, Perlembagaan dan hak mereka,” katanya.


Demikianlah Artikel Subjek Sejarah dirombak semula agar lebih menarik - Maszlee

Sekianlah artikel Subjek Sejarah dirombak semula agar lebih menarik - Maszlee kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Subjek Sejarah dirombak semula agar lebih menarik - Maszlee dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2019/07/subjek-sejarah-dirombak-semula-agar.html

Subscribe to receive free email updates: