Sekolah di Kuantan diarah henti aktiviti memanah

Sekolah di Kuantan diarah henti aktiviti memanah - Hallo sahabat Berita Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Sekolah di Kuantan diarah henti aktiviti memanah, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel berita hari ini, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, Artikel kabar kabur, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Sekolah di Kuantan diarah henti aktiviti memanah
link : Sekolah di Kuantan diarah henti aktiviti memanah

Baca juga


Sekolah di Kuantan diarah henti aktiviti memanah

Imej via Harian Metro
SEMUA sekolah di Kuantan diarah menghentikan serta-merta aktiviti sukan memanah bagi mengelak kejadian tidak diingini berlaku.

Pegawai Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Kuantan Mohd Razali Mustafar berkata, arahan itu susulan kejadian anak panah tersasar dan terkena pintu sebuah kereta di Jalan Beserah, Kuantan, Rabu lalu.

Bagaimanapun, katanya, sebarang aktiviti yang membabitkan sukan memanah hanya boleh diadakan di Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Talam.
“Ini kerana SK Sungai Talam memiliki kemudahan lapang sasar memanah yang dikhaskan untuk pelajar menjalani latihan.

“Dalam kes terbabit, tiada lagi kebenaran yang diberikan kepada sekolah yang ingin melakukan aktiviti sukan memanah kecuali di SK Talam,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Beliau mengulas kejadian seorang pemandu kereta terkejut apabila menyedari anak panah melekat pada pintu penumpang sebelah kiri, ketika memandu di Jalan Beserah, Rabu lalu.

Tan Theam Lye, 62, berkata, insiden itu berlaku kira-kira 5 petang ketika bersama isterinya, Wong Sow Lan, 54, bersama adik dan bapanya melalui jalan berkenaan menghala ke Lorong Bukit Ubi.

Tan berkata, ketika menunggu lampu isyarat bertukar hijau, isterinya, Wong mendakwa terdengar bunyi dentuman kuat sebelum menyedari terdapat anak panah melekat pada pintu kereta dinaiki mereka.

“Kami bernasib baik kerana kejadian itu tidak mengakibatkan kecederaan kerana anak panah sepanjang kira-kira 50 sentimeter tidak menembusi pintu (kereta) kami.

“Anak panah itu dipercayai dari sekolah berhampiran kerana ketika itu sedang berlangsung latihan bagi acara sukan memanah dalam kawasan sekolah terbabit,” katanya.

Sumber: Harian Metro


Demikianlah Artikel Sekolah di Kuantan diarah henti aktiviti memanah

Sekianlah artikel Sekolah di Kuantan diarah henti aktiviti memanah kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Sekolah di Kuantan diarah henti aktiviti memanah dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2019/07/sekolah-di-kuantan-diarah-henti.html

Subscribe to receive free email updates: