Rahsia Lirik Lagu Tudung Periuk Dalam Filem Sumpah Orang Minyak

Rahsia Lirik Lagu Tudung Periuk Dalam Filem Sumpah Orang Minyak - Hallo sahabat Berita Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Rahsia Lirik Lagu Tudung Periuk Dalam Filem Sumpah Orang Minyak, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel berita hari ini, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, Artikel kabar kabur, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Rahsia Lirik Lagu Tudung Periuk Dalam Filem Sumpah Orang Minyak
link : Rahsia Lirik Lagu Tudung Periuk Dalam Filem Sumpah Orang Minyak

Baca juga


Rahsia Lirik Lagu Tudung Periuk Dalam Filem Sumpah Orang Minyak


Allahyarham Ramlee bin Nyak Puteh atau P Ramlee merupakan Notradamus bagi orang Melayu. Pada tahun 1957, Allahyarham Tan Sri P Ramlee menggubah lagu TUDUNG PERIUK yang merupakan salah satu lagu dalam filem SUMPAH ORANG MINYAK. Antara bait menarik dalam lagu tersebut adalah: 

Tudung periuk pandai menari,
Menarilah lagu putera mahkota,
Kainlah yang buruk berikan kami,
Buat menyapu si air mata.

Cuba kita hayati baris senikata lagu yang pertama, "tudung periuk pandai menari",

Membawa maksud apabila nasi yang kita masak itu telah mendidih dan mengelegak sehingga tudung  itu menari di bibir periuk tadi. Namun, beras yang menjadi nasi itu masih tidak jatuh ke tanah.

Ini memberi maksud orang tua-tua Melayu terdahulu mempertahankan tanah air ini dari jatuh ke tangan bangsa asing meskipun terpaksa menggadaikan nyawa demi supaya anak cucu pada masa hadapan tidak lapar dan susah.

"Menarilah lagu putra mahkota",

Membawa maksud mengikut perintah dan taat setia untuk mengangkat darjat supaya bangsa Melayu menjadi raja memerintah negara.

Tetapi dalam rangkap seterusnya memberi maksud yang sangat mendukacitakan, "Kainlah yang buruk berilah kami, buat menyapu si air mata",

Ia membawa maksud harapan yang sungguh mengecewakan. "Kainlah yang buruk berilah kami" bermakna bangsa Melayu hari ini mengharapkan belas kasihan supaya dapat berteduh di tempat sendiri malah terpaksa merempat di tanah air sendiri.

"Buat menyapu si air mata" bermaksud Melayu hidup dalam kesedihan sambil melihat semua yang dipertahankan oleh orang tua-tua Melayu telah jatuh ke bangsa asing.

Kini Melayu hanya mampu menangis melihat kebanggaan hak  bangsa telah di ambil oleh bangsa asing.

P Ramlee atau Nostrodomus Melayu sudah nampak lebih awal perkara ini akan berlaku.


Demikianlah Artikel Rahsia Lirik Lagu Tudung Periuk Dalam Filem Sumpah Orang Minyak

Sekianlah artikel Rahsia Lirik Lagu Tudung Periuk Dalam Filem Sumpah Orang Minyak kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Rahsia Lirik Lagu Tudung Periuk Dalam Filem Sumpah Orang Minyak dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2019/07/rahsia-lirik-lagu-tudung-periuk-dalam.html

Subscribe to receive free email updates: