Judul : POLITIK LAGI PENTING DARI MORAL PEMIMPIN?
link : POLITIK LAGI PENTING DARI MORAL PEMIMPIN?
POLITIK LAGI PENTING DARI MORAL PEMIMPIN?
Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi menempelak pendirian Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad (Tun M) yang mengatakan moral tidak penting dalam politik.
Dalam hantaran di Facebook, Dr Puad berkata komen Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu dalam blognya mengenai video lucah antara individu yang dikaitkan dengan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) PKR Santubong, Haziq Abdullah Abdul Aziz sebagai lebih kepada masalah politik adalah amat bahaya.
“Komen beliau dalam blognya mengenai isu video Azmin-Haziq amat berbahaya. Pada beliau moral tidak penting dalam politik.
“Kerana pada Tun M, video itu bukan masalah moral. “Ia masalah politik. Saya akan selesaikan secara politik”.
“Apakah rakan-rakan dalam PKR dan PAN (Parti Amanah Negara) setuju? Sepatutnya keutamaan beliau adalah kebenaran dan moral,” tegas Dr Puad.
Soal Dr Puad lagi, jika kepentingan politik keutamaan menjadi Tun M, tidakkah perdana menteri ketujuh itu membiarkan negara ini dipimpin oleh orang yang tidak bermoral.
“Sedangkan dulu, Tun M pernah berkata “Saya tidak akan benarkan peliwat memimpin negara”.
“Tun juga menyatakan Jepun maju kerana nilai. Sebab itu mereka menjadi bangsa bertamadun. Tetapi dalam kes video ini, kenapa bercanggah? soalnya lagi.
Mengulas lanjut, Dr Puad juga berkata:
“Dalam komennya itu, Tun M juga berkata saya boleh singkirkan individu yang jadi sasaran kerana kuasa di tangan saya.
“Apakah itu bermakna, Tun sanggup salah guna kuasa? Tun perlu dingatkan, inti kepada ajaran Islam ialah akhlak. Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya aku diutus untuk menyempurnakan kemuliaan akhlak” (Abu Hurairah R.A).
“Tun, jangan jadikan Malaysia Baru seperti ‘Negara Edan’, meninggalkan rakyat dalam kepungan ‘api dan asap’,” tegasnya lagi.
Demikianlah Artikel POLITIK LAGI PENTING DARI MORAL PEMIMPIN?
Sekianlah artikel POLITIK LAGI PENTING DARI MORAL PEMIMPIN? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel POLITIK LAGI PENTING DARI MORAL PEMIMPIN? dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2019/07/politik-lagi-penting-dari-moral-pemimpin.html