Judul : MATLAMAT TAK HALALKAM CARA... KENAPA KERAJAAN PH TAKUT?
link : MATLAMAT TAK HALALKAM CARA... KENAPA KERAJAAN PH TAKUT?
MATLAMAT TAK HALALKAM CARA... KENAPA KERAJAAN PH TAKUT?
Amat menghairankan kenapa kerajaan Pakatan Harapan (PH) takut dan tidak mahu membawa Rang Undang-Undang untuk mewajibkan Ahli Parlimen mengistihar harta.
Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa berkata matlamat tidak boleh menghalalkan cara.
“Pelaksanaan dengan sistem usul ini mencadangkan untuk kita ‘declare’ kepada speaker adalah menjuruskan kepada pendekatan yang boleh menjadi suatu yang tidak baik. Sebab itu kita harus memahami, kita tiada punca kuasa untuk berbuat demikian. Ini sangat fundamental dan sangat asas,” katanya.
Tegas beliau, pinsip yang pertama ialah prinsip stability, transparency dan integrity itu baik dan kita sebagai ahli-ahli legislatif mesti cermat dengan hal-hal yang berkaitan dengan soal cara ataupun kaedah.
“Memang mudah meluluskan undang-undang tetapi kita kena berhati-hati jangan menjadi ‘bad law’ dan ini mesti dielakkan,” katanya dalam perbahasan sesama usul semua ahli Parlimen mengisytiharkan harta masing-masing,
Katanya, kita boleh bawa apa saja usul dan sudah tentu bagi satu pihak kerajaan mempunyai jumlah yang cukup boleh meluluskan usul.
“Tapi kalau ia menjadi suatu usul yang dianggap sebagai usul yang ‘bad’ atau tidak baik ia adalah juga satu kecacatan pada Dewan ini.
“Yang kedua harus kita fahami tugas utama kita dalam Dewan ini, kita adalah satu dari tiga cabang penting dibawah konsep ‘separation of power’. Kita penggubal undang-undang dipihak legislatif dan penguatkuasaan pada satu pihak yang lain iaitu pihak eksekutif dan pelaksanaan hukum,” katanya.
Justeru, katanya prinsip ini adalah fundamental, iaitu pendekatan memperkenalkan undang-undang dengan perlaksanaan lebih terjamin perlu kerana ia tertakluk dengan ‘rule of law’ dan ‘separation of power’.
Jelas beliau, Menteri telah melakukan kesilapan yang besar menyebut bahawasanya sesiapa yang tidak mematuhi boleh merujuk kepada jawatankuasa hak iaitu Jawatankuasa Hak dibawah 81(A)dan 80 A dengan jelas merujuk hak-hak perkara-perkara dalam pertimbangan dan permesyuaratan dewan ini sedangkan ia tidak termasuk dengan perkara-perkara lain yang tidak termasuk dalam perkara 81.
“Apa yang diminta oleh pembangkang kerana kita menyokong ‘spirit integrity’, accountability dan transparency ini kita hendak dilaksanakan dengan tertib.
“Kerajaan dilihat beberapa kali bersikap ‘flip flop’ atau membuat tindakan atau ‘u-turn’ kerana ada perkara-perkara yang kerajaan ambil pendekatan dengan mudah.”
“Jadi Tuan Yang di-Pertua usul ini adalah baik, kita menyokong tapi tingkatkan lagi urusan ‘integrity, transparency dan accountability’ dan kita hendak ia dilakukan dengan tertib dan teratur. Usul ini hendaklah ditarik balik dan kemukakan satu rang undang-undang agar perkara ini dapat dilaksanakan, tegasnya lagi.
Demikianlah Artikel MATLAMAT TAK HALALKAM CARA... KENAPA KERAJAAN PH TAKUT?
Sekianlah artikel MATLAMAT TAK HALALKAM CARA... KENAPA KERAJAAN PH TAKUT? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel MATLAMAT TAK HALALKAM CARA... KENAPA KERAJAAN PH TAKUT? dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2019/07/matlamat-tak-halalkam-cara-kenapa.html