LAPAN PERKARA MUDAH YANG BOLEH DILAKUKAN OLEH PIHAK POLIS UNTUK MENGESAHKAN IDENTITI PELAKU VIDEO BERKAITAN AZMIN

LAPAN PERKARA MUDAH YANG BOLEH DILAKUKAN OLEH PIHAK POLIS UNTUK MENGESAHKAN IDENTITI PELAKU VIDEO BERKAITAN AZMIN - Hallo sahabat Berita Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul LAPAN PERKARA MUDAH YANG BOLEH DILAKUKAN OLEH PIHAK POLIS UNTUK MENGESAHKAN IDENTITI PELAKU VIDEO BERKAITAN AZMIN, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel berita hari ini, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, Artikel kabar kabur, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : LAPAN PERKARA MUDAH YANG BOLEH DILAKUKAN OLEH PIHAK POLIS UNTUK MENGESAHKAN IDENTITI PELAKU VIDEO BERKAITAN AZMIN
link : LAPAN PERKARA MUDAH YANG BOLEH DILAKUKAN OLEH PIHAK POLIS UNTUK MENGESAHKAN IDENTITI PELAKU VIDEO BERKAITAN AZMIN

Baca juga


LAPAN PERKARA MUDAH YANG BOLEH DILAKUKAN OLEH PIHAK POLIS UNTUK MENGESAHKAN IDENTITI PELAKU VIDEO BERKAITAN AZMIN




Oleh: ISHAM JALIL

Semalam Ketua Polis Negara mengatakan bahawa video seks luar tabii mengaitkan Azmin itu adalah tulen berdasarkan kepada laporan perunding kerajaan iaitu Cybersecurity Malaysia.

Namun Ketua Polis Negara juga berkata mereka tidak dapat pastikan 100% bahawa pelaku dalam video tersebut adalah Azmin oleh itu identiti pelaku tidak dapat disahkan.

Sebenarnya, dalam mana-mana teknologi identiti digital menggunakan muka, memang ianya tidak digunakan untuk mengesahkan identiti namun hanya untuk mengecam identiti untuk siasatan lanjut.

Teknologi pengecaman muka ini sudah ada sejak tahun 1964 dan digunakan oleh kerajaan seluruh dunia untuk mengecam penjenayah dan pengganas dan kini oleh sektor komersial.

Dan mana-mana perisian mengecam muka yang digunakan jarang sekali atau hampir mustahil memberikan 100% ketepatan, sebab terdapat beribu titik perbandingan digunakan yang mana muka orang yang sama tidak 100% sama setiap hari.

Contohnya ada orang semalam muka bersih, hari ini ada jerawat; semalam ada jambang, hari ini cukur bersih; semalam rambut panjang, hari ini potong pendek dan sebagainya.

Tetapi ia tidak bermakna orang itu adalah bukan orang yang sama.

Sebab itu teknik pengecaman digital muka tidak memerlukan 100% ketepatan, hanya ketepatan yang tinggi untuk pengecaman yang munasabah dengan keberangkalian yang tinggi bahawa orang yang dicam adalah orang yang sama.

Perisian mengecam muka iPhone Face ID yang tidak secanggih perisian Cybersecurity pun mempunyai 30,000 titik perbandingan muka dan tidak memerlukan kesemuanya 100% sama untuk mengesahkan identiti pengguna dengan standard yang tinggi untuk mengakses telefon, akaun bank dan sebagainya.

Oleh itu saya ingin bertanya kepada Ketua Polis Negara, sekiranya ketepatan identiti pelaku dalam video itu didapati bukan 100%, berapa peratuskah yang perisian Cybersecurity itu kata yang pelaku itu adalah Azmin?

60%? 70%? 80%? 99.9%?

Cybersecurity bukan satu-satunya agensi yang mempunyai teknologi pengecaman muka digital.

Pihak polis boleh periksa dengan agensi-agensi lain dalam kerajaan yang mempunyai teknologi tersebut dan membuat perbandingan dan pengecaman munasabah.

Jika ketepatan pengecaman adalah tinggi e.g. melebihi 70%, ia boleh digunakan untuk langkah seterusnya iaitu pengesahan identiti dengan mencari bukti fizikal dan saksi-saksi bahawa pelaku atau suspek memang ada di tempat kejadian untuk proses tangkapan dan untuk menjawab persoalan-persoalan berikut:

1. Adakah Azmin berada di Sandakan pada malam kejadian? YA

2. Adakah Azmin berada di Hotel Sheraton Fourpoint pada malam kejadian? YA

3. Adakah ada saksi-saksi yang nampak Azmin di Sandakan dan di Hotel Sheraton pada malam kejadian? YA

4. Adakah Azmin 'checked in' dan menginap di bilik kejadian pada malam kejadian? YA/TIDAK?

5. Adakah ada saksi-saksi termasuk pekerja-pekerja hotel yang lihat Azmin checked in dan menginap di hotel dan bilik kejadian? YA/TIDAK?

6. Adakah ada rakaman CCTV yang menunjukkan Azmin checked in dan menginap di hotel dan keluar masuk bilik kejadian? YA/TIDAK?

7. Adakah rakaman CCTV dan saksi ada nampak pelanduk dua serupa yang mungkin menyamar sebagai Azmin di hotel berkenaan? YA/TIDAK?

8. Adakah saksi yang mengatakan pelaku itu Azmin? YA

Saya pasti pihak polis sudah tahu semua jawapan dan hasil kepada siasatan-siasatan seperti di atas. Polis Malaysia memang cekap dan bukan bodoh. Kita tidak perlu ajar pihak polis bagaimana untuk buat kerja mereka.

Namun saya harap tidak ada pihak yang cuba menyembunyikan kebenaran atau bersubahat menidakkan kemungkaran atas apa-apa kepentingan.

Sebab jika Allah SWT murka kerana umatnya bersubahat melakukan dan menggalakkan kemungkaran seperti yang berlaku semasa zaman nabi Lut dahulu, bala yang turun bukan hanya kena kepada orang yang melakukan dosa tersebut sahaja, malah orang yang bersubahat atau menutup sebelah mata dan rakyat yang tidak berdosa juga akan terkesan dengan bala itu juga.

Semoga Allah mengampunkan kita semua dan menjauhkan kita dari bala bencana.

ISHAM JALIL
19 Julai 2019




Demikianlah Artikel LAPAN PERKARA MUDAH YANG BOLEH DILAKUKAN OLEH PIHAK POLIS UNTUK MENGESAHKAN IDENTITI PELAKU VIDEO BERKAITAN AZMIN

Sekianlah artikel LAPAN PERKARA MUDAH YANG BOLEH DILAKUKAN OLEH PIHAK POLIS UNTUK MENGESAHKAN IDENTITI PELAKU VIDEO BERKAITAN AZMIN kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel LAPAN PERKARA MUDAH YANG BOLEH DILAKUKAN OLEH PIHAK POLIS UNTUK MENGESAHKAN IDENTITI PELAKU VIDEO BERKAITAN AZMIN dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2019/07/lapan-perkara-mudah-yang-boleh.html

Subscribe to receive free email updates: