KPM pergiat kempen antivape dalam kalangan pelajar

KPM pergiat kempen antivape dalam kalangan pelajar - Hallo sahabat Berita Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul KPM pergiat kempen antivape dalam kalangan pelajar, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel berita hari ini, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, Artikel kabar kabur, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : KPM pergiat kempen antivape dalam kalangan pelajar
link : KPM pergiat kempen antivape dalam kalangan pelajar

Baca juga


KPM pergiat kempen antivape dalam kalangan pelajar

BANGI: Kementerian Pendidikan akan mempergiatkan kempen bagi membendung penggunaan rokok elektronik atau vape dalam kalangan pelajar sekolah.
Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr Amin Senin, berkata kementerian melalui Bahagian Sekolah Harian bersama Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah akan bekerjasama bagi menjayakan usaha berkenaan.

“Sebenarnya pada 2015 kita sudah mengeluarkan surat pekeliling berhubung rokok elektronik namun sejak akhir-akhir ini peranti vape semakin canggih sehingga sukar untuk kita membezakannya.

“Jadi di peringkat sekolah, kita akan mempergiatkan kempen anti vape, malah kita meminta bantuan serta sokongan ibu bapa dan masyarakat untuk menjayakannya,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyempurnakan Karnival Akademik Penyelidikan dan Inovasi 2019 di Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Pendidikan Islam di sini, hari ini.

Media sebelum ini melaporkan gejala penggunaan rokok elektronik dalam kalangan pelajar semakin membimbangkan apabila murid sekolah rendah dilaporkan mula berjinak menggunakan peranti berkenaan secara terbuka.

Malah, Timbalan Menteri Kesihata, Dr Lee Boon Chye turut mengesahkan perkara itu dan berkata jawatankuasa khas berkaitan rokok elektronik yang diketuainya, akan mencari jalan bagi mengawal penggunaan peranti itu, khususnya membabitkan pelajar berusia 18 tahun ke bawah.

Justeru, Amin berkata, kempen yang akan dipergiatkan itu adalah untuk memberi kesedaran baharu kepada pelajar sekolah, ibu bapa dan masyarakat supaya gejala penggunaan rokok elektronik tidak dijadikan kebiasaan.

“Saya berharap ibu bapa dapat memainkan peranan memantau pergerakan anak-anak mereka sekali gus dapat membendung gejala ini daripada berleluasa,” katanya.

Sumber: BH Online


Demikianlah Artikel KPM pergiat kempen antivape dalam kalangan pelajar

Sekianlah artikel KPM pergiat kempen antivape dalam kalangan pelajar kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel KPM pergiat kempen antivape dalam kalangan pelajar dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2019/07/kpm-pergiat-kempen-antivape-dalam.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :