KERAJAAN PH MEMANG PAKAR 'U-TURN' DAN 'RE-BRANDING'

KERAJAAN PH MEMANG PAKAR 'U-TURN' DAN 'RE-BRANDING' - Hallo sahabat Berita Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul KERAJAAN PH MEMANG PAKAR 'U-TURN' DAN 'RE-BRANDING', kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel berita hari ini, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, Artikel kabar kabur, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : KERAJAAN PH MEMANG PAKAR 'U-TURN' DAN 'RE-BRANDING'
link : KERAJAAN PH MEMANG PAKAR 'U-TURN' DAN 'RE-BRANDING'

Baca juga


KERAJAAN PH MEMANG PAKAR 'U-TURN' DAN 'RE-BRANDING'






Kerajaan Pakatan Harapan (PH) memang pakar ‘u-turn’ dan ‘re-branding’, ujar Ahli Parlimen Pontian Datuk Seri Ahmad Maslan.

Jelas beliau, sejarah pernah mencatatkan bahawa ketika kerajaan hari ini menjadi pembangkang, mereka membantah sekeras-kerasnya ketika Rang Undang-Undang (RUU) Perhimpunan Aman (Pindaan) dibuat tetapi kini apabila mereka menjadi kerajaan, RUU ini hanya dipinda dan bukan dihapuskan.
“Ini satu lagi ‘u-turn’ besar kerajaan. Pada 29.11.2011 bila akta itu diluluskan di Dewan Rakyat, ahli-ahli parlimen pembangkang pada ketika itu keluar dewan kononnya tidak setuju dan mereka pergi ke satu demonstrasi yang melibatkan seribu orang peguam.

“Antara isi bantahan mereka ialah kononnya kerajaan zalim, menyekat kebebasan dan akta ini tidak patut dibuat tetapi bila mereka jadi kerajaan, tak mansuh pun… dipinda sahaja.

“Apa lagi mereka ‘u-turn’? Tentang janji pada anak-anak muda cakap akan adakan pendidikan percuma… hapus PTPTN tetapi ‘u-turn’, nak bagi tol percuma tapi ‘u-turn’… bukan sahaja ‘u-turn’ tapi ‘re-branding’ bila bagi tol percuma cuma pada 11 malam hingga 5 pagi, nak mansuhkan tak jadi… tukar kepada caj kesesakan. Inilah kepakaran mereka,” bidas beliau.




Beliau berkata demikian ketika menjadi panel dalam Program Dari Parlimen anjuran Penerangan UMNO Malaysia, yang disiarkan secara langsung melalui medium Facebook UMNO-Online, malam tadi.

Tambah Ahmad, kerana sikap ‘u-turn’ akhirnya rakyat menjadi muak dan rakyat sendiri ‘u-turn’ kepada Barisan Nasional (BN).

Menjawab kepada persoalan berkaitan sikap blok pembangkang yang dilihat tidak sebulu dan sering bertelagah dengan Timbalan Speaker Nga Kor Ming pula beliau menerangkan, ini terjadi adalah kerana sikap ‘keD.A.P.an’ dan tidak adil Timbalan Speaker yang terlalu menyerlah.

“Kita lihat contoh terbaru apa yang terjadi kepada Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Rahman. Dalam masa tiga minit, tiga keputusan dibuat… ini tidak pernah berlaku dalam sejarah Dewan Rakyat.”

Terang beliau, Ahli Parlimen Pasir Salak bertanya soalan nombor enam… soalan lain Menteri boleh jawab tetapi kenapa soalan Pasir Salak Timbalan yang jawab.

“Ini yang menyebabkan pasir Salak tidak puas hati. Bila Pasir Salak timbulkan hal ini masa seminit untuk soalan tambahan sudah habis dan Timbalan Speaker langsung tidak beri izin untuk tanya soalan.

“Sikap Timbalan Speaker ini seolah-olah berat sebelah. Kita tengok bila tiba masa Lim Guan Eng mesti Kor Ming yang kendalikan dewan. Jelas dapat kita lihat sikap ‘keD.A.P.an’ itu. Bila sudah duduk di kerusi tersebut sepatutnya kena adil, kalau tidak adil pun jangan terlalu jelas kelihatan.

“Tapi saya cadangkan Pasir Salak walaupun digantung empat hari, datang juga ke Parlimen sebab dulu (Lim) Kit Siang pernah digantung tetapi tetap berdegil tidak mahu keluar dan datang juga ke Parlimen. Maka kita ikutlah contoh mereka,” katanya lagi.




Demikianlah Artikel KERAJAAN PH MEMANG PAKAR 'U-TURN' DAN 'RE-BRANDING'

Sekianlah artikel KERAJAAN PH MEMANG PAKAR 'U-TURN' DAN 'RE-BRANDING' kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel KERAJAAN PH MEMANG PAKAR 'U-TURN' DAN 'RE-BRANDING' dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2019/07/kerajaan-ph-memang-pakar-u-turn-dan-re.html

Subscribe to receive free email updates: