Judul : Guru perlu latihan khusus kendali kes disiplin mirip jenayah - NUTP
link : Guru perlu latihan khusus kendali kes disiplin mirip jenayah - NUTP
Guru perlu latihan khusus kendali kes disiplin mirip jenayah - NUTP
Gambar hiasan via FMT |
Beliau berkata, perkara itu penting bagi mengatasi masalah disiplin pelajar yang dilihat semakin membimbangkan pada masa kini.
"Kes mirip kepada jenayah ini seperti membuli, mencuri, salah laku seksual, penyalahgunaan dadah dan sebagainya. Jika dahulu perkara ini kurang berlaku tetapi sekarang fenomenanya berbeza kerana masyarakat lebih kaya serta berkemampuan dan perkara itu sendiri wujud dalam masyarakat yang akhirnya membawa kepada kes jenayah di sekolah.
"Oleh itu, sangat penting bagi seorang guru diberi latihan dan pendedahan bagi mengendalikan kes-kes berkenaan," katanya ketika menjadi tetamu program Ruang Bicara terbitan Bernama News Channel (BNC) di Wisma Bernama di sini malam ini.
Dalam pada itu, beliau berkata, dua perkara yang perlu diambil berat oleh guru dalam proses pembelajaran adalah mengenai pendidikan psikologi dan sosial.
"Apabila seseorang guru itu mendidik, dua perkara itu perlu ada, tetapi sekarang masyarakat hanya fokus untuk pelajar nak dapat 'A'. Oleh itu guru akan lebihkan kepada bagaimana nak bagi pelajar dapat 'A', jadi perkara seperti itu (pendidikan psikologi dan pendidikan sosial) dibelakangkan," katanya.
Sehubungan itu, beliau berkata, beberapa perkara perlu ada bagi seorang guru dalam membentuk peribadi dan menangani disiplin pelajar.
Beliau berkata, antaranya ialah melalui sikap mencegah dengan cara merancang aktiviti dalam kelas bagi menghindarkan pelajar melakukan perkara tidak sihat, perlu selalu memberi sokongan kepada pelajar dan sentiasa membetulkan disiplin mereka, jelasnya. - BERNAMA
Demikianlah Artikel Guru perlu latihan khusus kendali kes disiplin mirip jenayah - NUTP
Sekianlah artikel Guru perlu latihan khusus kendali kes disiplin mirip jenayah - NUTP kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Guru perlu latihan khusus kendali kes disiplin mirip jenayah - NUTP dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2019/07/guru-perlu-latihan-khusus-kendali-kes.html