Judul : Elaun kritikal penjawat awam masih dalam kajian
link : Elaun kritikal penjawat awam masih dalam kajian
Elaun kritikal penjawat awam masih dalam kajian
KUALA LUMPUR 29 Julai - Kajian secara menyeluruh mengenai elaun kritikal penjawat awam masih dijalankan.
Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr. Ismail Bakar berkata, pihaknya juga belum menerima sebarang maklum balas mengenai kertas cadangan elaun kritikal bomba yang dibentangkan kepada Yang di-Pertuan Agong.
“Saya belum dengar secara rasmi lagi mengenai penyerahan kertas cadangan tersebut, tapi setahu saya ia perlu dirujuk terlebih dahulu kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin.
“Bagaimanapun, kerajaan akan mengkaji secara menyeluruh mengenai elaun yang telah diberikan kepada semua penjawat awam sama ada anggota bomba, pegawai kesihatan, guru, polis, tentera dan sebagainya,” katanya memetik laporan Free Malaysia Today (FMT) hari ini.
Pada 20 Julai lalu cadangan elaun kritikal tersebut dizahirkan oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang prihatin terhadap nasib anggota bomba dalam isu pemberian elaun kritikal sebanyak RM200 sebulan.
Zuraida menerusi kementeriannya sebelum ini dilaporkan sedang menunggu kata putus Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berhubung pemberian insentif elaun khas tersebut, sekali gus bakal memberi manfaat kepada seramai 14,000 anggota bomba. - UTUSAN ONLINE

Demikianlah Artikel Elaun kritikal penjawat awam masih dalam kajian
Sekianlah artikel Elaun kritikal penjawat awam masih dalam kajian kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Elaun kritikal penjawat awam masih dalam kajian dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2019/07/elaun-kritikal-penjawat-awam-masih.html