Judul : DULU CANANG LEBIH BAIK DARI BN... KINI RAKYAT MERINTIH, TERUS TERTEKAN BAWAH PH
link : DULU CANANG LEBIH BAIK DARI BN... KINI RAKYAT MERINTIH, TERUS TERTEKAN BAWAH PH
DULU CANANG LEBIH BAIK DARI BN... KINI RAKYAT MERINTIH, TERUS TERTEKAN BAWAH PH
Semasa kempen Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) yang lalu, Pakatan Harapan (PH) sering mencanangkan bahawa mereka mampu mentadbir negara dengan lebih baik daripada Barisan Nasional (BN).
Pelbagai janji manis ditabur sehinggakan rakyat terpedaya dan akhirnya BN yang telah memerintah lebih daripada 60 tahun tewas. Rakyat yang pada mulanya bertepuk tangan gembira kerana berjaya menukar tampuk pimpinan negara kini mula merintih. Mereka sedar telah tertipu dek janji bulan dan bintang PH.
Bagi Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Suraya Yaakob berkata, saban hari beliau menerima rintihan daripada masyarakat luar bandar yang kecewa dan tidak sangka ditipu sebegini rupa oleh pemimpin yang selama ini menjadi idola mereka.
“Setiap hari ada sahaja rintihan yang saya terima… mereka sudah mula berasa amat tertekan dan tidak sangka ini boleh berlaku. Tidak pernah terfikir oleh mereka akan ditipu sebegini teruk oleh pemimpin yang menjadi idola mereka.
“Di Kedah, hampir 80 peratus adalah masyarakat luar bandar namun hingga kini kita tidak lihat sebarang usaha solusi pendekatan kerajaan dengan rakyat. Kerajaan hanya tertumpu kepada projek skala besar tanpa memikirkan masyarkat kampung dan sub luar bandar.
“Masalah kemiskinan bandar pun tidak dipedulikan oleh kerajaan. Saya amat hairan apakah yang difikirkan oleh kerajaan PH, adakah hanya fikir kroni atau hanya nak salahkan Datuk Seri Najib atau hanya fikir hutang kerajaan sahaja tanpa memikirkan hutang rakyat… maksudnya rakyat terpaksa berhutang untuk makan, nak bayar rumah nak bayar kereta perlu berhutang sebab tidak ada pekerjaan. Adakah kerajaan tidak sedar ini semua,” ujar beliau kepada UMNO-Online.
Ridzuan Mat Rejab 51, turut mengakui apa yang diperkatakan oleh Suraya yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Tiang.
“Kehidupan sekarang amat berbeza dengan dulu. Kerajaan sekarang hanya lebih kepada politik daripada memikirkan masalah rakyat. Dulu BN sangat menitik beratkan hal rakyat terutama masyarakat luar bandar tetapi kerajaan sekarang tidak peduli nasib kami. Bantuan yang dihulurkan juga tidak berpusat, hanya berpilih-pilih,” katanya.
Aishah Mat Husin, 66, berkata, kehidupannya sekarang semakin terhimpit apatah lagi dalam keadaan suami yang sedang sakit.
“Suami saya sudah lama sakit. Dulu dapat banyak bantuan termasuk BR1M tapi saya baru dapat surat yang mengatakan saya sudah tidak dapat BR1M. Bantuan lain pun tak ada lagi,” luahnya sayu.
Wazir Hasan, 52, turut meluahkan rasa terkilan dengan cara pentadbiran PH.
“Baja subsidipun sekarang susah… dulu baja sentiasa ada. Sekarang penghantaran caca-marba, bila nak guna baja tiada. Sudahlah kewangan pun ada penurunan dari segi peruntukan. Dulu boleh dapat seribu lebih sekarang ini kena potong… jadi makin teruk. Saya harap dapat macam dulu, macam zaman BN memerintah, tak ada pilih kasih,” katanya lagi.
Demikianlah Artikel DULU CANANG LEBIH BAIK DARI BN... KINI RAKYAT MERINTIH, TERUS TERTEKAN BAWAH PH
Sekianlah artikel DULU CANANG LEBIH BAIK DARI BN... KINI RAKYAT MERINTIH, TERUS TERTEKAN BAWAH PH kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel DULU CANANG LEBIH BAIK DARI BN... KINI RAKYAT MERINTIH, TERUS TERTEKAN BAWAH PH dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2019/07/dulu-canang-lebih-baik-dari-bn-kini.html