Judul : BUKAN JAUH LEBIH BAIK, NAK MENYAMAI PENTADBIRAN BN PUN PH TAK MAMPU - SHARKAR
link : BUKAN JAUH LEBIH BAIK, NAK MENYAMAI PENTADBIRAN BN PUN PH TAK MAMPU - SHARKAR
BUKAN JAUH LEBIH BAIK, NAK MENYAMAI PENTADBIRAN BN PUN PH TAK MAMPU - SHARKAR
9 Mei 2018 mencatat sejarah hitam dalam lipatan diari parti keramat UMNO apabila buat pertama kalinya tewas dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) selepas mentadbir negara selama lebih 60 tahun.
Kekalahan ini memberi tamparan hebat kepada UMNO malah hampir keseluruhan ahli tidak dapat menerima kenyataan ini. Namun, selepas lebih setahun Pakatan Harapan (PH) mengambil alih tampuk pimpinan negara, rasa kecewa bertukar menjadi satu hikmah yang tidak ternilai.
Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Sharkar Samsudin berkata, jika setahun yang lalu ramai yang tidak dapat menerima kenyataan UMNO telah ‘tumbang’ namun kini ramai yang berasa bangga kerana rakyat telah dapat melihat bahawa pentadbiran Barisan Nasional (BN) dan UMNO jauh lebih baik daripada PH.
“Pada peringkat awal memang susah untuk semua pihak menerima kenyataan bahawa BN dan UMNO telah menjadi pembangkang dan sebab itu ramai yang melompat. Tetapi kini selepas lebih setahun, bila PH tidak dapat tunaikan segala janji, kita dapati bahawa pencapaian kita sebenarnya jauh baik daripada mereka malah lebih menggembirakan bila rakyat juga menyedari hakikat ini.
“Rakyat mula bersuara melahirkan ketidakpuasan hati mereka dengan kepimpinan PH. Sebelum ini PH sering bercakap mereka jauh lebih baik daripada BN tetapi bila sudah dapat kuasa, jangan kata lebih baik, hendak menyamai rekod BN pun mereka tidak mampu.
“Maka, ini memberi kita satu keyakinan baru bahawa BN dan UMNO mampu bangkit kembali pada PRU akan datang,” ujar beliau kepada UMNO-Online.
Tambah Sharkar, kerjasama UMNO dan PAS pula memberi ‘multi vitamin’ kepada semangat yang hendak dipupuk di peringkat akar umbi.
“Kerana itu, di setiap mesyuarat bahagian yang saya pergi semuanya mendapat kehadiran yang memberangsangkan. Laporan yang saya dapat, bukan hanya di bahagian yang saya hadir malah di semua bahagian menerima kehadiran yang luar biasa.
“Ini membuktikan bahawa akar umbi masih yakin UMNO mampu bangkit apatahlagi kerjasama yang dijalinkan bersama PAS menambah ‘perisa’ kepada semangat kebangkitan ini,” ujarnya lagi.
Namun begitu tegas Sharkar, walaupun perkembangan BN ini nampak sangat baik, semua pihak tidak boleh leka dan harus terus bekerja keras bagi memastikan Putrajaya kembali ditakluki.
“Jadi saya harap pucuk pimpinan parti akan dapat mengemudi bahtera kita dengan baik. Yang lepas biarkan lepas. Kita buka lembaran baru bersama komponen dan PAS.
“Kita menangi akar umbi dan mereka yang di atas pagar. Saya yakin, jika kita terus kekal konsisten dan memperbaiki segala kelemahan, rakyat akan kembali mempercayai kita kerana rakyat telah dapat menilai yang mana intan dan yang mana kaca,” ujar beliau.
Demikianlah Artikel BUKAN JAUH LEBIH BAIK, NAK MENYAMAI PENTADBIRAN BN PUN PH TAK MAMPU - SHARKAR
Sekianlah artikel BUKAN JAUH LEBIH BAIK, NAK MENYAMAI PENTADBIRAN BN PUN PH TAK MAMPU - SHARKAR kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel BUKAN JAUH LEBIH BAIK, NAK MENYAMAI PENTADBIRAN BN PUN PH TAK MAMPU - SHARKAR dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2019/07/bukan-jauh-lebih-baik-nak-menyamai.html