Judul : Berpakaian seksi, penganjur pertandingan tarian mohon maaf pada KPM
link : Berpakaian seksi, penganjur pertandingan tarian mohon maaf pada KPM
Berpakaian seksi, penganjur pertandingan tarian mohon maaf pada KPM
Timbalan Menteri Pendidikan - YB Teo Nie Ching |
Perkara itu disahkan Timbalan Menteri Pendidikan Teo Nie Ching kepada Astro AWANI melalui satu kenyataan media yang dihantar penganjur JJ & Alice Danceworld.
Penganjur pertandingan, JJ & Alice Danceworld dalam satu kenyataan pada Ahad membuat permohonan maaf selepas gagal mematuhi kod pakaian dalam dua majlis iaitu Perak MUDA Medalist Dancesport Competitions 2019 dan 7th Perak Show Dance Champonships 2019.
Kami memohon maaf atas kesilapan kami yang telah memberi kesan kepada KPM dan MUDA.
“Kami amat kesal dengan apa yang berlaku terutamanya penyalahgunaan logo KPM sebagai hiasan pentas tanpa membuat sebarang penyelarasan terlebih dahulu,” katanya.
Menurut Alice, dia turut memohon maaf kepada KPM dan MUDA atas segala kesulitan termasuk menjejaskan reputasi dan kedudukan kedua-dua pihak itu disebabkan kesilapan daripada pihaknya.
Terdahulu, gambar-gambar peserta pertandingan tarian itu tular di media sosial dengan rata-rata netizen mengecam tindakan KPM yang dilihat turut terlibat dalam majlis yang dianggap tidak bermoral itu.
KPM telah menerima kecaman selepas didakwa menjalin kerjasama dalam menganjurkan pertandingan tarian tersebut.
Sumber: Astro awani
Demikianlah Artikel Berpakaian seksi, penganjur pertandingan tarian mohon maaf pada KPM
Sekianlah artikel Berpakaian seksi, penganjur pertandingan tarian mohon maaf pada KPM kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Berpakaian seksi, penganjur pertandingan tarian mohon maaf pada KPM dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2019/07/berpakaian-seksi-penganjur-pertandingan.html