Timbalan Menteri sifatkan tuduhan tidak berasas

Timbalan Menteri sifatkan tuduhan tidak berasas - Hallo sahabat Berita Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Timbalan Menteri sifatkan tuduhan tidak berasas, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel berita hari ini, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, Artikel kabar kabur, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Timbalan Menteri sifatkan tuduhan tidak berasas
link : Timbalan Menteri sifatkan tuduhan tidak berasas

Baca juga


Timbalan Menteri sifatkan tuduhan tidak berasas

KUALA LUMPUR - Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching menyifatkan tuduhan bahawa dirinya cuba untuk mencampuri urusan mata pelajaran Pendidikan Islam Sekolah Kebangsaan (Sekolah Rendah) adalah tidak berasas dan satu fitnah.

Beliau berkata, tindakan itu secara tidak langsung bukan sahaja tidak bertanggungjawab, malah turut menjejaskan kredibiliti Majlis Penasihat Pendidikan Kebangsaan (MPPK).
“Semalam saya telah berkongsi satu kaji selidik mengenai pandangan tentang Mata Pelajaran Pendidikan Islam di Sekolah Kebangsaan yang sedang dilaksanakan oleh kementerian dalam akaun Facebook saya. Namun saya amat kesal kerana niat saya untuk menghebahkan usaha MPPK telah disalah tafsirkan.

“Saya amat sedih kerana objektif penubuhan PPKPI yang sepatutnya dipuji kerana mereka dalam usaha untuk menambahbaik modul Pendidikan Islam di sekolah kebangsaan telah dipolitikkan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Dalam pada itu, Nie Ching berkata, penubuhan Pasukan Petugas Khas Pendidikan Islam (PPKPI) dibawah MPPK untuk mengkaji pelbagai aspek mengenai mata pelajaran Pendidikan Islam Sekolah Kebangsaan (Sekolah Rendah).

Jelasnya, pasukan tersebut akan dipimpin oleh bekas Ketua Pengarah Pendidikan, Tan Sri Wan Mohd. Zahid Mohd Noordin dan semua lantikan itu dibuat oleh Menterinya, Dr. Maszlee Malik.
“MPPK merupakan satu badan bebas yang ditubuhkan bagi mengkaji Dasar Pendidikan Negara tanpa campur tangan politik dan penubuhannya juga bersifat profesional serta berperanan untuk menasihati Menteri Pendidikan.

“Sehubungan itu, sebagai timbalan menteri, saya sentiasa menyokong inisiatif kementeriannya untuk memajukan sistem pendidikan negara. Walau bagaimanapun, saya dengan rendah hati memohon maaf kepada MPPK di atas segala salah faham yang tidak diingini ini,” ujarnya.

Sumber- UTUSAN ONLINE


Demikianlah Artikel Timbalan Menteri sifatkan tuduhan tidak berasas

Sekianlah artikel Timbalan Menteri sifatkan tuduhan tidak berasas kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Timbalan Menteri sifatkan tuduhan tidak berasas dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2019/06/timbalan-menteri-sifatkan-tuduhan-tidak.html

Subscribe to receive free email updates: