SEKRETARIAT SUARA RAKYAT BUAT LAPORAN SPRM, POLIS TERHADAP AZMIN

SEKRETARIAT SUARA RAKYAT BUAT LAPORAN SPRM, POLIS TERHADAP AZMIN - Hallo sahabat Berita Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul SEKRETARIAT SUARA RAKYAT BUAT LAPORAN SPRM, POLIS TERHADAP AZMIN, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel berita hari ini, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, Artikel kabar kabur, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : SEKRETARIAT SUARA RAKYAT BUAT LAPORAN SPRM, POLIS TERHADAP AZMIN
link : SEKRETARIAT SUARA RAKYAT BUAT LAPORAN SPRM, POLIS TERHADAP AZMIN

Baca juga


SEKRETARIAT SUARA RAKYAT BUAT LAPORAN SPRM, POLIS TERHADAP AZMIN






Sekretariat Suara Rakyat petang ini akan mengadakan satu laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan salahlaku bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Jelas Pengerusinya, Datuk Lokman Noor Adam dalam siaran di platform media sosialnya, laporan yang akan diserahkan ke Ibu Pejabat SPRM Putrajaya kira-kira pada jam 2 petang ini berhubung satu dokumen yang telah diperolehinya daripada seorang individu mengenai satu pemindahan dana oleh UEM Group Berhad sebanyak USD 741,440 kepada akaun atas nama Mohamed Azmin Bin Ali, di Deutsche Bank AG – ZR BR, no akaun 0061508230587 pada 19hb Disember, 2017.

“Saya merasakan tidak ada sebarang sebab munasabah untuk UEM Group Berhad memindahkan wang sebanyak itu ke dalam akaun Mantan Menteri Besar Selangor di luar negara,” katanya.
Ujar Lokman, laporan tersebut juga sebagai memberi peluang kepada Ketua Pesuruhjaya SPRM yang baharu, Latheefa Koya untuk menyiasat sesiapa sahaja tanpa pilih kasih.

“Laporan ini saya buat untuk memberi peluang kepada Ketua Pesuruhjaya SPRM yang baru, Cik Latheefa Koya untuk membuktikan kepada rakyat Malaysia bahawa SPRM di bawah pimpinannya akan menyiasat sesiapa sahaja termasuk mereka yang satu kem dengan beliau serta akan menghadapkan mereka di muka pengadilan,” tegas Lokman yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO.

Tambah Lokman lagi, selepas laporan SPRM tersebut, beliau akan membuat satu laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya berhubung satu rakaman audio lucah dan tiga rakaman video lucah oleh dua individu lelaki yang dihantar kepadanya melalui aplikasi WhatApps.

“Salah seorang individu yang terdapat di dalam video tersebut mirip wajah seorang ahli politik.

“Laporan ini saya buat bagi menyiasat kesahihan video tersebut dan meminta pihak polis mengambil tindakan undang-undang kepada individu yang menyebarkan, yang berlakon di dalam video tersebut dan menghasilkan video tersebut,” desaknya lagi.




Demikianlah Artikel SEKRETARIAT SUARA RAKYAT BUAT LAPORAN SPRM, POLIS TERHADAP AZMIN

Sekianlah artikel SEKRETARIAT SUARA RAKYAT BUAT LAPORAN SPRM, POLIS TERHADAP AZMIN kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel SEKRETARIAT SUARA RAKYAT BUAT LAPORAN SPRM, POLIS TERHADAP AZMIN dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2019/06/sekretariat-suara-rakyat-buat-laporan.html

Subscribe to receive free email updates: