Perlu persediaan rapi sebelum laksana PPSMI semula

Perlu persediaan rapi sebelum laksana PPSMI semula - Hallo sahabat Berita Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Perlu persediaan rapi sebelum laksana PPSMI semula, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel berita hari ini, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, Artikel kabar kabur, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Perlu persediaan rapi sebelum laksana PPSMI semula
link : Perlu persediaan rapi sebelum laksana PPSMI semula

Baca juga


Perlu persediaan rapi sebelum laksana PPSMI semula

KUALA LUMPUR – Kerajaan diminta untuk melakukan persediaan rapi dan menetapkan mekanisme yang betul sekiranya berhasrat melaksanakan semula Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).
Perkara tersebut penting dalam memastikan program pendidikan yang telah dimansuhkan pada tahun 2012 itu berjalan lancar dan terhindar daripada sebarang permasalahan tidak diingini khusus melibatkan pelajar luar bandar.

Bekas Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid menegaskan, kerajaan juga perlu mengambil perhatian khusus tentang bagaimana untuk menyediakan guru-guru yang boleh mengajar subjek Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris kerana negara ketika ini berdepan dengan masalah tersebut.

“Kerajaan perlu membuat persediaan rapi dan menentukan mekanisme yang betul kerana dahulunya PPSMI ini dibatalkan kerana banyak faktor antara memberi kesan tidak baik kepada pelajar di kawasan luar bandar.

“Macam Program Dwibahasa (DLP) pelajar diberi pilihan untuk menjawab dalam bahasa Melayu atau Inggeris, tetapi PPSMI tidak boleh. Mekanisme kena betul kerana untuk memberi latihan kepada guru-guru memakan masa yang lama dan bukan perkara mudah,” katanya ketika dihubungi Utusan Online di sini hari ini.
Semalam, Utusan Online menerusi sumber yang boleh dipercayai melaporkan Kabinet dikhabarkan telah bersetuju untuk melaksanakan semula dasar PPSMI.

Hal ini agak mengejutkan kerana pada April lalu satu kajian dan penyelidikan mengenai PPSMI dilapor bakal diserahkan kepada Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik.

Sumber – UTUSAN ONLINE


Demikianlah Artikel Perlu persediaan rapi sebelum laksana PPSMI semula

Sekianlah artikel Perlu persediaan rapi sebelum laksana PPSMI semula kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Perlu persediaan rapi sebelum laksana PPSMI semula dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2019/06/perlu-persediaan-rapi-sebelum-laksana.html

Subscribe to receive free email updates: