Judul : Nga Kor Ming Bodoh, Sekolah Vernakular Tiada Dalam Perlembagaan
link : Nga Kor Ming Bodoh, Sekolah Vernakular Tiada Dalam Perlembagaan
Nga Kor Ming Bodoh, Sekolah Vernakular Tiada Dalam Perlembagaan
Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Nga Kor Ming semalam mengarahkan Sayap Pemuda DAP membuat laporan polis ke atas Perwakilan Dewan Muslimat PAS, Salamiah Mohd Nor.
Puncanya, Puan Salamiah minta kerajaan hentikan sistem pendidikan vernakular. Nga Kor Ming berkata, sekolah vernakular terjamin di dalam perlembagaan.
Buat pengetahuan Timbalan Speaker Dewan Rakyat, sekolah vernakular tidak ada dalam perlembagaan. Yang ada hanyalah sekolah agama / sekolah mubaligh.
Selain daripada sekolah agama Islam, kerajaan tiada kewajipan menyediakan apa-apa dana dari segi undang-undang. Ini tertulis dalam Perkara 12 (2) Perlembagaan.
Sekolah vernakular diiktiraf selepas terbitnya Penyata Razak 1956. Asalnya, British hendak menghapuskan semua sekolah vernakular tetapi Tunku Abdul Rahman menghalang. Sebab itu sekolah vernakular wujud.
Itupun hanya Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) sahaja yang dibenarkan. Masuk tahap menengah, semua orang kena masuk sekolah aliran kebangsaan. Dana untuk SJK masa itu tidak diberi. Pengurusan sekolah kena cari dana sendiri.
Dana kepada SJK diberikan selepas kerajaan keluarkan Penyata Rahman Talib 1960. Tetapi kerajaan berkeras bahawa bahasa pengantar mesti kekal Bahasa Melayu walaupun pertubuhan Cina mendesak bahasa Mandarin dijadikan bahasa rasmi.
Dengan kata lain, tak ada masalah pun kalau Kerajaan hendak hapuskan SJK atau hentikan dana kepada mereka. Ini tidak melanggar undang-undang pun. Ia cuma melibatkan pertukaran dasar Kerajaan sedia ada sahaja.
Demikianlah Artikel Nga Kor Ming Bodoh, Sekolah Vernakular Tiada Dalam Perlembagaan
Sekianlah artikel Nga Kor Ming Bodoh, Sekolah Vernakular Tiada Dalam Perlembagaan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Nga Kor Ming Bodoh, Sekolah Vernakular Tiada Dalam Perlembagaan dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2019/06/nga-kor-ming-bodoh-sekolah-vernakular.html