[LIPIS] DUA LELAKI DITAHAN MILIKI PELBAGAI JENIS DADAH

[LIPIS] DUA LELAKI DITAHAN MILIKI PELBAGAI JENIS DADAH - Hallo sahabat Berita Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul [LIPIS] DUA LELAKI DITAHAN MILIKI PELBAGAI JENIS DADAH, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel berita hari ini, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, Artikel kabar kabur, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : [LIPIS] DUA LELAKI DITAHAN MILIKI PELBAGAI JENIS DADAH
link : [LIPIS] DUA LELAKI DITAHAN MILIKI PELBAGAI JENIS DADAH

Baca juga


[LIPIS] DUA LELAKI DITAHAN MILIKI PELBAGAI JENIS DADAH







Seorang mekanik ditahan kerana memiliki pelbagai jenis dadah dalam serbuan Ops Tapis, di sini hari ini.

Ketua Polis Kuala Lipis,Superintendan Azli Mohd Noor berkata, lelaki berusia 33 tahun itu ditahan di bilik rumah kongsi sebuah kilang papan di daerah ini kira-kira jam 1.30 pagi.

Menurutnya, pemeriksaan fizikal ke atas lelaki itu tidak menemui barangan terlarang.

"Namun hasil pemeriksaan di dalam bilik itu menjumpai satu bekas plastik warna biru bertudung di atas lantai bilik tidur lelaki itu.

"Kita menemui satu plastik lutsinar berisi ketulan kristal dan 35 keratan tiub straw pelbagai warna berisi serbuk kristal disyaki dadah syabu seberat 10.26 gram bernilai RM500," katanya dalam satu kenyataan.

Tambahnya, turut dijumpai satu plastik lutsinar berisi ketulan mampat dedaun kering disyaki ganja seberat 6.30 gram bernilai RM50 dan satu peket plastik lutsinar berisi serbuk ketulan warna putih disyaki heroin seberat 17.30 gram bernilai RM130.

"Hasil siasatan awal lelaki itu mengaku dadah terbabit adalah miliknya dan diperoleh dari Kajang dan pemeriksaan lanjut mendapati suspek memiliki empat rekod lampau berkaitan dadah.

"Hasil ujian saringan polis juga suspek positif dadah jenis methamphetamine," katanya.

Katanya, kes itu disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB)1952.

Sementara itu dalam serbuan Ops Sarang, Azli memberitahu seorang lelaki berusia 52 tahun ditahan, semalam.

Menurutnya,serbuan dilakukan di sebuah pondok dalam kebun getah sebuah kampung di sini pada jam 11 pagi.

"Suspek cuba melarikan diri namun berjaya ditahan dan pemeriksaan fizikal dilakukan gagal menemui barangan terlarang.

"Pemeriksaan di kawasan sekitar menemui satu beg galas berzip warna kelabu di atas tanah dan menjumpai beg goodie warna coklat berisi tiga ketulan mampat dedaun kering dibungkus dengan plastik lutsinar disyaki ganja seberat 235.72 gram bernilai RM500.

"Turut ditemui satu bekas plastik lutsinar berisi dua peket plastik lutsinar iaitu setiap peket berisi ketulan warna putih disyaki heroin seberat 8.26 gram bernilai RM400," ujarnya.

Azli berkata, hasil ujian saringan awal lelaki yang berasal dari Subang Jaya itu positif dadah jenis methaphetamine.

"Suspek mengaku dadah yang dijumpai adalah milliknya dan diperoleh di kawasan Mela di sini.

"Suspek memiliki satu rekod lampau berkaitan dadah," katanya.




Demikianlah Artikel [LIPIS] DUA LELAKI DITAHAN MILIKI PELBAGAI JENIS DADAH

Sekianlah artikel [LIPIS] DUA LELAKI DITAHAN MILIKI PELBAGAI JENIS DADAH kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel [LIPIS] DUA LELAKI DITAHAN MILIKI PELBAGAI JENIS DADAH dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2019/06/lipis-dua-lelaki-ditahan-miliki.html

Subscribe to receive free email updates: