[KUANTAN] 240 PELAJAR SERTAI PROGRAM SKOR A MATEMATIK, BAHASA INGGERIS SPM

[KUANTAN] 240 PELAJAR SERTAI PROGRAM SKOR A MATEMATIK, BAHASA INGGERIS SPM - Hallo sahabat Berita Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul [KUANTAN] 240 PELAJAR SERTAI PROGRAM SKOR A MATEMATIK, BAHASA INGGERIS SPM, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel berita hari ini, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, Artikel kabar kabur, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : [KUANTAN] 240 PELAJAR SERTAI PROGRAM SKOR A MATEMATIK, BAHASA INGGERIS SPM
link : [KUANTAN] 240 PELAJAR SERTAI PROGRAM SKOR A MATEMATIK, BAHASA INGGERIS SPM

Baca juga


[KUANTAN] 240 PELAJAR SERTAI PROGRAM SKOR A MATEMATIK, BAHASA INGGERIS SPM







Seramai 240 pelajar dari empat buah sekolah di sekitar daerah ini mengikuti Program Skor A Matematik dan Bahasa Inggeris sebagai persediaan menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2019 anjuran Pahang Skills di sini semalam.

Pengerusi Pahang Skills, Datuk Mas’ut Awang Samah berkata, program julung kali diadakan tersebut mendapat kerjasama Lynas Malaysia Sdn. Bhd. (Lynas) dan Jabatan Pendidikan negeri.

Katanya, program tersebut bertujuan membantu pelajar -pelajar mencapai kejayaan lebih baik dalam subjek berkenaan khususnya daripada keluarga golongan berpendapatan rendah (B40).

“Sebagai sebuah pusat latihan pendidikan dan latihan kemahiran, kami sentiasa terbuka untuk membantu serta melatih golongan muda berjaya seterusnya mencapai cita-cita mereka.

“ Program khidmat komuniti ini juga sedikit sebanyak membantu mutu pendidikan pelajar-pelajar terutama calon SPM melonjakkan nama sekolah dan diri mereka,” katanya

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis pelancaran program tersebut yang disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Pelajaran dan Kesihatan negeri, Datuk Seri Syed Ibrahim Syed Ahmad.

Sementara itu, Syed Ibrahim berkata, kerajaan negeri menyokong penuh usaha syarikat korporat dan agensi kerajaan dalam menjayakan wawasan pendidikan anak-anak khususnya yang bakal menduduki peperiksaan besar.

“ Saya menaruh harapan tinggi semoga usaha ini berjaya dan tidak terhenti di sini sahaja.

“Diharap lebih banyak program seumpama ini diadakan untuk jaminan masa depan anak-anak yang lebih cemerlang,” katanya.




Demikianlah Artikel [KUANTAN] 240 PELAJAR SERTAI PROGRAM SKOR A MATEMATIK, BAHASA INGGERIS SPM

Sekianlah artikel [KUANTAN] 240 PELAJAR SERTAI PROGRAM SKOR A MATEMATIK, BAHASA INGGERIS SPM kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel [KUANTAN] 240 PELAJAR SERTAI PROGRAM SKOR A MATEMATIK, BAHASA INGGERIS SPM dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2019/06/kuantan-240-pelajar-sertai-program-skor.html

Subscribe to receive free email updates: