ISU LYNAS: PH DIDESAK MOHON MAAF KERANA TABUR FITNAH

ISU LYNAS: PH DIDESAK MOHON MAAF KERANA TABUR FITNAH - Hallo sahabat Berita Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul ISU LYNAS: PH DIDESAK MOHON MAAF KERANA TABUR FITNAH, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel berita hari ini, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, Artikel kabar kabur, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : ISU LYNAS: PH DIDESAK MOHON MAAF KERANA TABUR FITNAH
link : ISU LYNAS: PH DIDESAK MOHON MAAF KERANA TABUR FITNAH

Baca juga


ISU LYNAS: PH DIDESAK MOHON MAAF KERANA TABUR FITNAH







Ahli Parlimen Paya Besar, Mohd Shahar Abdullah mendesak Pakatan Harapan (PH) khususnya ahli Parlimen Bentong, Wong Tack dan Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh untuk meminta maaf kepada rakyat kerana telah menipu berkaitan isu Lynas.

Ujar beliau, tindakan kerajaan PH memperbaharui lesen Lynas Corp. membuktikan bahawa selama ini mereka memang sengaja menipu dan mengelirukan rakyat sekaligus memfitnah kerajaan terdahulu yang dipimpin oleh Barisan Nasional (BN).

“Dulu kecoh kononnya Lynas ini bahaya dan tidak selamat. Bermacam-macam tuduhan mereka lemparkan tetapi setelah jadi kerajaan secara tiba-tiba nada berubah. Lynas tidak lagi bahaya dan boleh diteruskan.

“Ini membuktikan bahawa selama ini BN tidak pernah menipu rakyat tetapi rakyat dikelirukan oleh fitnah pembangkang. Justeru saya mendesak PH khususnya Ahli Parlimen Bentong dan Kuantan untuk memohon maaf secara terbuka kepada rakyat,” ujar beliau kepada UMNO-Online.

Jelas beliau, isu Lynas ini bukan isu kecil kerana ia bukan hanya melibatkan masyarakat di Kuantan tetapi Malaysia dan dunia.

“Kuantan adalah bandar tumpuan pelancong, dulu mereka menggambarkan seolah-olah Kuantan ini tidak selamat kini tiba-tiba Kuantan sudah selamat. Jadi, akuilah bahawa bila sudah jadi kerajaan baru mereka sedar bahawa apa yang BN buat adalah benar.

“Mereka harus ceritakan cerita sebenar apa yang Lynas hasilkan, mereka harus ceritanya juga bahawa sisa-sisa Lynas ditukar kepada bahan yang menguntungkan dan Lynas telah melabur jutaan ringgit untuk menukar sisa buangan kepada baja,” tegas beliau.

Selain itu, Shahar juga menuntut agar satu kertas makluman disediakan dan diedarkan kepada semua ahli parlimen ketika sesi Parlimen disambung Julai nanti.




Demikianlah Artikel ISU LYNAS: PH DIDESAK MOHON MAAF KERANA TABUR FITNAH

Sekianlah artikel ISU LYNAS: PH DIDESAK MOHON MAAF KERANA TABUR FITNAH kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel ISU LYNAS: PH DIDESAK MOHON MAAF KERANA TABUR FITNAH dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2019/06/isu-lynas-ph-didesak-mohon-maaf-kerana.html

Subscribe to receive free email updates: