Judul : Islam Hilang Jati Diri Apabila Lukisan 'The Last Supper' Diolah Menjadi Sampul Raya
link : Islam Hilang Jati Diri Apabila Lukisan 'The Last Supper' Diolah Menjadi Sampul Raya
Islam Hilang Jati Diri Apabila Lukisan 'The Last Supper' Diolah Menjadi Sampul Raya
Apa hendak jadi dengan masyarakat Islam sekarang, apabila rekaan grafik pada sampul raya di atas dihasilkan oleh anak Melayu muslim di sebuah perusahaan grafik yang sememangnya majoriti muslim, diadaptasi dari lukisan terkenal Leornardo Da Vinci bertajuk 'The Last Supper'.
Lukisan ini adalah gambaran santapan terakhir Jesus bersama 12 orang pengikutnya. Di dalam Kristian, 'The Last Supper' merupakan satu i'tiqad yang menjadi sumber peringatan untuk mereka merayakan Hari Paskah (selain dari memperingati hari bebasnya bani Israel daripada Firaun pada zaman Musa).
Sebagai Muslim kita perlu ada nilai sensitif terutama dalam soal penyerupaan terhadap sesuatu ritual yang berbentuk keagamaan. Rasulullah SAW menyebut dalam sebuah hadis yang bermaksud, "Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia dalam kalangan mereka." (Diriwayatkan oleh Abu Daud, Ahmad bin Hanbal, Ibn Abi Syaibah, Al-Bazzar).
Dalam isu ini, ianya termasuk dalam perkara 'tasyabbuh' iaitu menyerupai sesuatu perkara yang bersifat keagamaan. Jangan cemari ibadah hari raya Aidil Fitri dengan perkara-perkara tasyabbuh yang bukan menjadi syiar dalam agama Islam.
Demikianlah Artikel Islam Hilang Jati Diri Apabila Lukisan 'The Last Supper' Diolah Menjadi Sampul Raya
Sekianlah artikel Islam Hilang Jati Diri Apabila Lukisan 'The Last Supper' Diolah Menjadi Sampul Raya kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Islam Hilang Jati Diri Apabila Lukisan 'The Last Supper' Diolah Menjadi Sampul Raya dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2019/06/islam-hilang-jati-diri-apabila-lukisan.html