12 Bulan Penjara Kerana Pukul Cermin Kereta & Majistret terkhilaf menjatuhkan hukuman tersebut?

12 Bulan Penjara Kerana Pukul Cermin Kereta & Majistret terkhilaf menjatuhkan hukuman tersebut? - Hallo sahabat Berita Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul 12 Bulan Penjara Kerana Pukul Cermin Kereta & Majistret terkhilaf menjatuhkan hukuman tersebut?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel berita hari ini, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, Artikel kabar kabur, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : 12 Bulan Penjara Kerana Pukul Cermin Kereta & Majistret terkhilaf menjatuhkan hukuman tersebut?
link : 12 Bulan Penjara Kerana Pukul Cermin Kereta & Majistret terkhilaf menjatuhkan hukuman tersebut?

Baca juga


12 Bulan Penjara Kerana Pukul Cermin Kereta & Majistret terkhilaf menjatuhkan hukuman tersebut?

Sabtu, 1 Jun 2019


12 Bulan Penjara Kerana Pukul Cermin Kereta
Kita semua marah tindakan seorang lelaki menghentak helmet ke cermin kereta. Ramai yang pernah mengalami kejadian hampir serupa.
Ketika ramai penunggang motosikal berhemah, tidak kurang ramai juga yang menjadikan jalan raya macam bapa mereka punya.
Cuma hukuman penjara 12 bulan untuk pembuli jalan raya terbabit agak keterlaluan bagi kesalahan pertama.
Memang mudah kita berkata padan muka siapa suruh jadi samseng dan pembuli jalan raya.
Namun menjadi samseng dan pembuli dengan hilang sabar seketika adalah sesuatu yang berbeza.
Samseng merupakan kumpulan manusia yang tidak mempunyai empati kemanusiaan dan akan mengulangi tindakan-tindakan kasar dan merbahaya kepada masyarakat.
Manakala untuk mendakwa seseorang itu pembuli kita harus melihat pengulangan tindakan-tindakan beliau bukannya kepada satu peristiwa sahaja.
Dalam masa yang sama, sistem keadilan harus berupaya membezakan penjenayah tegar dengan perwatakan manusia biasa.
Manusia biasa kadang-kadang boleh hilang kawalan diri sekelip mata pada saat tertentu. Ini boleh berlaku kerana faktor di tempat kejadian atau faktor-faktor lain telah terhasil sebelum peristiwa.
Memang mudah kita berkata fikir dahulu sebelum bertindak. Namun manusia tetap manusia tidak akan mampu bereaksi seperti robot setiap masa.
Di sinilah tugas hakim dan pengawal keadilan menentukan keadaan itu. Hukuman 12 bulan penjara untuk “abang botak” tampak terlalu berat.
Selepas ini apa hala tuju beliau sebagai bekas banduan? Bukan semua bekas banduan akan menikmati jawatan Menteri Kewangan dan bakal Perdana Menteri.
Justeru mengenakan denda dan kerja kemasyarakatan lebih sesuai bagi kesalahan pertama.
Malah mengenakan hukuman sebatan 1 rotan lebih baik dari memenjarakan beliau selama 12 bulan, yang menghancurkan masa depannya dan menghabiskan wang rakyat.
Dalam kes-kes sebegini sistem keadilan kita sepatutnya lebih peka. Tindakan botak tersebut tidak membabitkan kecederaan fizikal atau hampir kepada bahaya nyawa manusia.
Malangnya Hakim dan pejabat peguam negara gagal menjalankan tugas mereka dengan baik.
Peguam bangkitkan hukuman khidmat masyarakat selepas lelaki hentak cermin kereta dipenjara
Imej mungkin mengandungi: 2 orang
Imej mungkin mengandungi: 1 orang, cermin mata dan sut
Peguam Syahredzan Johan dan Farhan Haziq Mohamed menggesa agar pemakaian hukuman khidmat masyarakat diperluaskan sebagai alternatif kepada hukuman penjara bagi kesalahan yang setimpal.
Mereka berkata demikian mengulas keputusan Majistret Nurshahira Abdul Salim menjatuhkan hukuman penjara setahun terhadap Danial Abdullah Tan, 31, yang mengaku bersalah menghentak cermin kereta menggunakan topi keledar.
Danial, yang melakukan kesalahan pertama itu, dikenakan pertuduhan mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan atas kesalahan melakukan khianat dan mengakibatkan kerosakan berjumlah RM25 dan ke atas.
Seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara minimum satu tahun atau denda atau kedua-duanya jika disabit kesalahan.
Syahredzan dan Farhan dalam satu kenyataan bersama, mengecam tindakan Danial dan menyokong penggunaan undang-undang ke atas pihak yang melakukan kesalahan buli jalan raya.
Setiausaha DAPSY Damansara, Farhan Haziq.
Pun begitu, Setiausaha Politik Ahli Parlimen Iskandar Puteri dan itu berpendapat bahawa majistret terkhilaf menjatuhkan hukuman tersebut.
“Pada masa yang sama, kami dengan segala hormatnya berpendapat bahawa terdapat kekhilafan pada keputusan Puan Majistret dalam mengenakan hukuman penjara tersebut,” kata mereka.
“Kami sedar bahawa Seksyen 427 Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman penjara minima satu tahun, tetapi kami merasakan bahawa adalah lebih sesuai sekiranya tertuduh dikenakan hukuman denda dan bukannya penjara, mengambil kira beberapa faktor mitigasi termasuklah pengakuan salah dan keinsafan yang dilaporkan ditunjukkan oleh tertuduh.”
Mereka juga mengambil maklum bahawa Danial telah melantik peguam, justeru berharap dia akan mengemukakan rayuan atau memohon kepada Mahkamah Tinggi untuk menyemak semula hukuman itu.
“Di samping itu, tertuduh juga punya pilihan untuk memohon supaya hukuman penjaranya digantung sementara menunggu rayuan atau semakan Mahkamah Tinggi,” katanya.
‘Luaskan pemakaian hukuman khidmat masyarakat’
Mengulas lanjut, mereka berkata, meskipun ada pihak berpendapat hukum penjara setimpal, ia sebenarnya bukan penyelesaian sesuai bagi setiap individu yang melalui sistem keadilan jenayah negara.
Malah, kata mereka, dengan memenjarakan pesalah, ia menjarakkan pesalah dengan masyarakat dan juga boleh membawa impak yang negatif kepada pesalah.
“Oleh itu, Kerajaan wajar meluaskan pemakaian hukuman khidmat masyarakat melangkaui peruntukkan Seksyen 293 Kanun Tatacara Jenayah sahaja.
“Untuk makluman, Seksyen 293 membenarkan Mahkamah mengenakan hukuman khidmat masyarakat kepada ‘pesalah muda’, iaitu mereka yang berumur dalam lingkungan 18 hingga 21 tahun,” kata mereka.
Jelas mereka, khidmat masyarakat bukan sesuatu yang asing dalam sistem keadilan di negara ini dan perlu diperluaskan kepada pesalah lain mengikut kesesuaian menerusi pindaan Kanun Tatacara Jenayah
“Kami bersetuju dengan mantan Ketua Hakim Negara, Tan Sri Richard Malanjum yang sebelum ini yang mencadangkan hukuman khidmat masyarakat sebagai usaha alternatif kepada hukuman pemenjaraan.
“Kami berpendapat bahawa hukuman khidmat masyarakat memberi peluang pesalah untuk membetulkan kesalahannya dengan cara melakukan kebaikan kepada orang lain dalam tempoh tertentu.
“Ini adalah lebih baik kepada pesalah dan juga masyarakat secara amnya” ujar mereka. – Roketkini.com


Demikianlah Artikel 12 Bulan Penjara Kerana Pukul Cermin Kereta & Majistret terkhilaf menjatuhkan hukuman tersebut?

Sekianlah artikel 12 Bulan Penjara Kerana Pukul Cermin Kereta & Majistret terkhilaf menjatuhkan hukuman tersebut? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel 12 Bulan Penjara Kerana Pukul Cermin Kereta & Majistret terkhilaf menjatuhkan hukuman tersebut? dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2019/06/12-bulan-penjara-kerana-pukul-cermin.html

Subscribe to receive free email updates: