Judul : Tajuk berita terlalu ekstrim, Maszlee sangkal tolak cadangan subjek agama
link : Tajuk berita terlalu ekstrim, Maszlee sangkal tolak cadangan subjek agama
Tajuk berita terlalu ekstrim, Maszlee sangkal tolak cadangan subjek agama
Berikutan beberapa akhbar perdana melaporkan dengan menggunakan takuj yang agak ekstrem berkenaan isu subjek agama, Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik telah membetulkan perkara tersebut di laman rasmi FB beliau. Belaiu menulis:
Saya merujuk kepada beberapa laporan media bertajuk "Tiada Keperluan Wujud Subjek Kenali Agama Lain, Kata Maszlee" yang diterbitkan 19 Mei 2019 (Ahad).
Dalam satu majlis bersama rakyat di Simpang Renggam hari ini, saya telah ditanyakan oleh pihak media mengenai cadangan oleh Majlis Belia Malaysia untuk mewujudkan subjek mengenali agama lain.
Transkrip jawapan saya kepada soalan berkenaan adalah seperti berikut:
"Kita buat sementara ini telah mempunyai beberapa subjek yang mempelajari tentang agama. Contohnya macam di sekolah-sekolah kita dalam pelajaran-pelajaran tertentu memang ada kita belajar budaya berbeza dan sebagainya.
Tapi pada saya yang lebih penting ialah penghayatan. Jadi penghayatan melalui aktiviti kokurikulum, aktiviti bersama, itu akan lebih mendekatkan kita. Kita tak mahu dari segi teori saja, tapi kita mahu dari segi praktikal. Supaya kita lebih memahami dalam erti kata kehidupan bersama itu sendiri."
Saya tidak sesekali menyebut dan menyatakan untuk menolak cadangan subjek mengenali agama lain seperti yang dilaporkan.
Penjelasan ini diharapkan dapat mengelakkan sebarang kekeliruan yang timbul melalui laporan berkenaan.
Dr Maszlee Malik
Menteri Pendidikan Malaysia
19 Mei 2019
Demikianlah Artikel Tajuk berita terlalu ekstrim, Maszlee sangkal tolak cadangan subjek agama
Sekianlah artikel Tajuk berita terlalu ekstrim, Maszlee sangkal tolak cadangan subjek agama kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Tajuk berita terlalu ekstrim, Maszlee sangkal tolak cadangan subjek agama dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2019/05/tajuk-berita-terlalu-ekstrim-maszlee.html