Sukar tangani ekstremisme, perkauman di sekolah, kata bekas pengetua

Sukar tangani ekstremisme, perkauman di sekolah, kata bekas pengetua - Hallo sahabat Berita Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Sukar tangani ekstremisme, perkauman di sekolah, kata bekas pengetua, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel berita hari ini, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, Artikel kabar kabur, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Sukar tangani ekstremisme, perkauman di sekolah, kata bekas pengetua
link : Sukar tangani ekstremisme, perkauman di sekolah, kata bekas pengetua

Baca juga


Sukar tangani ekstremisme, perkauman di sekolah, kata bekas pengetua

Wujud kebimbangan mengenai sikap perkauman di sekolah kerajaan walaupun menteri pendidikan memberi jaminan sebaliknya. (Gambar hiasan)
PETALING JAYA: Penemuan terbaru plot untuk menyerang rumah ibadat mendorong seorang bekas pengetua sekolah kerajaan untuk membuat dakwaan bahawa wujudnya hubungan antara pelaksanaan dasar pendidikan dengan peningkatan sikap militan
Bekas pengetua itu, yang hanya mahu dikenali dengan nama keluarganya Lim, menuduh “sesetengah pegawai Kementerian Pendidikan” dalam pentadbiran sebelum ini menggalakkan dasar yang disifatkannya sebagai memecah-belah.

Beliau menolak kenyataan menteri pendidikan baru-baru ini bahawa ekstremisme agama boleh diatasi dengan pendidikan berasaskan kasih sayang dengan berkata, pengetua sekolah dan guru kerap bersalah melanjutkan sikap pecah-belah.

“Saya gembira kerana saya sekarang berada di sekolah antarabangsa yang lebih baik dasarnya dan lebih inklusif,” katanya kepada FMT.

“Saya pesimis terhadap sekolah kerajaan.”
Beliau menyebut contoh penambahan jumlah kelas untuk subjek pendidikan Islam dan berkata, sekolahnya sekarang mengurangkan jumlah kelas untuk subjek berkenaan ke tahap paling minimum yang dibenarkan.

Katanya ia dilakukan secara beransur-ansur dan ibu bapa umumnya menerima langkah tersebut.

Lim juga berkata, sekolahnya akan memecat guru yang didapati menyebarkan pandangan ekstremis.

“Kami memecat seorang ustazah beberapa tahun lepas selepas mendapati beliau seorang ekstremis. Bolehkah sekolah awam berbuat demikian jika pengetuanya seorang ekstremis?”

Beliau berkata, keseluruhan sistem persekolahan awam perlu diubah dan ia tidak mudah.

“Kita sedang menyaksikan betapa sukarnya Putrajaya yang berdepan dengan perkhidmatan awam yang tidak sepenuhnya selari dengan dasar barunya.”
Pengerusi Kumpulan Bertindak Ibu Bapa Melaka, Mak Chee Kin berkata, ahli politik yang menggunakan retorik keunggulan kaum dan agama merupakan sebahagian daripada masalah itu.

“Oleh sebab tidak ada tindakan diambil untuk menghentikan mereka, ramai orang yang berasa pendapat itu tidak salah dan mula menerima pemikiran sedemikian,” katanya.

Katanya, jika ahli politik lebih cermat dalam kata-kata mereka, ibu bapa dan guru tidak akan terpengaruh dan tidak mengongsi pandangan sedemikian dengan anak atau pelajar mereka.

Beliau berkata, perkara itu tidak akan berlaku sekiranya kerajaan bertindak menghentikan pandangan ekstremis.

Seorang guru sekolah kerajaan, Suriati berkata, sekolah, terutama di bandar, merupakan tapak yang subur untuk menyemai rasisme dan ekstremisme agama.

Katanya, pelajar di sekolah bandar akan memencilkan diri mereka mengikut kaum.

“Pelajar Melayu berkumpul sesama mereka dan begitu juga pelajar Cina. Memang ada kelompok yang bercampur dengan semua kumpulan, tetapi ia jarang berlaku terutamanya dalam kalangan pelajar yang masuk ke sekolah menengah daripada latar belakang pendidikan vernakular.
Sumber: Free Malaysia Today


Demikianlah Artikel Sukar tangani ekstremisme, perkauman di sekolah, kata bekas pengetua

Sekianlah artikel Sukar tangani ekstremisme, perkauman di sekolah, kata bekas pengetua kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Sukar tangani ekstremisme, perkauman di sekolah, kata bekas pengetua dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2019/05/sukar-tangani-ekstremisme-perkauman-di.html

Subscribe to receive free email updates: