Putrajaya digesa bantu Sarawak laksana P&P Sains dan Matematik dalam BI

Putrajaya digesa bantu Sarawak laksana P&P Sains dan Matematik dalam BI - Hallo sahabat Berita Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Putrajaya digesa bantu Sarawak laksana P&P Sains dan Matematik dalam BI, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel berita hari ini, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, Artikel kabar kabur, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Putrajaya digesa bantu Sarawak laksana P&P Sains dan Matematik dalam BI
link : Putrajaya digesa bantu Sarawak laksana P&P Sains dan Matematik dalam BI

Baca juga


Putrajaya digesa bantu Sarawak laksana P&P Sains dan Matematik dalam BI

Gambar hiasan via http://faizaleda.blogspot.com
KUCHING: Seorang ahli akademik menggesa Putrajaya memberi peruntukan yang mencukupi bagi melaksanakan pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris di Sarawak.

Beliau juga berkata kerajaan Pakatan Harapan (PH) harus mengetepikan perbezaan politik bagi memastikan dasar itu berjaya dilaksanakan.
Jeniri Amir dari Universiti Malaysia Sarawak berkata, kerajaan negeri memerlukan sokongan kewangan bagi melatih guru dan meningkatkan kecekapan mereka berbahasa Inggeris.

“Kerajaan negeri Sarawak telah bermurah hati menerima cadangan pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris di sekolah rendah, selain menyumbang dana untuk tujuan itu,” katanya kepada FMT, selain menambah bahawa pendidikan seharusnya melampaui kepentingan politik.

Ketua Menteri Sarawak Abang Johari Openg baru-baru ini berkata, semua buku teks bagi subjek Sains dan Matematik hendaklah dalam bahasa Inggeris, dan guru juga perlu diberikan latihan bagi meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris mereka.

“Dua perkara itu memerlukan peruntukan yang agak besar,” katanya.

“Ia seharusnya menjadi tanggungjawab bersama antara kerajaan Sarawak dan persekutuan, tetapi Kementerian Pendidikan (persekutuan) berkata ia mungkin berdepan masalah.”
Dalam pada itu Menteri Pendidikan, Sains dan Penyelidikan Teknologi negeri, Michael Manyin berkata, Sarawak berhadapan cabaran dalam melaksanakan dasar itu dengan jaya, termasuk dalam melatih guru dan menyediakan sumber serta bahan yang diperlukan.

Persatuan Pengajaran Bahasa Inggeris Malaysia (Meta) berkata, ia bersedia membantu kerajaan negeri melatih guru, selain menambah bahawa usaha sebelum ini untuk mengajar Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris gagal antara lain kerana ramai guru tidak bersedia.

Presiden Meta, Ganakumaran Subramaniam berkata, kekurangan sumber juga memainkan peranannya, selain mengakui kebimbangan mengenai kurang kemampuan guru mengajar subjek berkenaan dalam bahasa Inggeris.

Beliau mencadangkan supaya kerajaan Sarawak mengambil pendekatan berperingkat bagi memulakan inisiatif itu dan tidak melakukannya secara sekali gus.

“Barangkali untuk fasa pertama, mereka boleh laksanakannya di beberapa sekolah perintis dan lihat bagaimana ia berjalan. Pada waktu sama guru diberikan latihan dan masalah asas lain diatasi,” katanya.

Beliau juga mencadangkan pilihan untuk mengajar Sains dan Matematik dalam kedua-dua bahawa Melayu dan Inggeris supaya pelajar boleh membiasakan diri dengan terminologi serta konsep dalam subjek tersebut.

Sumber: Free Malaysia Today


Demikianlah Artikel Putrajaya digesa bantu Sarawak laksana P&P Sains dan Matematik dalam BI

Sekianlah artikel Putrajaya digesa bantu Sarawak laksana P&P Sains dan Matematik dalam BI kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Putrajaya digesa bantu Sarawak laksana P&P Sains dan Matematik dalam BI dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2019/05/putrajaya-digesa-bantu-sarawak-laksana.html

Subscribe to receive free email updates: