Penjawat awam dinasihat waspada tawaran pinjaman wang Angkasa

Penjawat awam dinasihat waspada tawaran pinjaman wang Angkasa - Hallo sahabat Berita Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Penjawat awam dinasihat waspada tawaran pinjaman wang Angkasa, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel berita hari ini, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, Artikel kabar kabur, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Penjawat awam dinasihat waspada tawaran pinjaman wang Angkasa
link : Penjawat awam dinasihat waspada tawaran pinjaman wang Angkasa

Baca juga


Penjawat awam dinasihat waspada tawaran pinjaman wang Angkasa

KUANTAN 13 Mei - Penjawat awam dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dinasihat agar berwaspada dengan tawaran pinjaman wang secara mudah oleh syarikat pemberi pinjaman yang mendakwa mereka ejen Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia (ANGKASA) terutamanya menjelang musim perayaan ini.
Presiden ANGKASA, Datuk Abdul Fattah Abdullah berkata pihaknya menerima aduan terdapat syarikat pemberi pinjaman yang mendakwa mereka sebagai ejen ANGKASA yang menawarkan pinjaman segera kepada penjawat awam dan GLC.

“Mereka (syarikat pemberi pinjaman) akan menampal iklan yang mendakwa mereka dari badan koperasi tertentu yang dapat membantu menguruskan pinjaman wang dengan kadar yang pantas.

“Mereka juga menarik minat bakal peminjam dengan memberitahu pinjaman yang diberikan ini boleh dibayar melalui potongan gaji memandangkan bayaran balik pinjaman melalui potongan gaji ini hanya dapat dibuat oleh kakitangan awam dan GLC sahaja,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Abdul Fattah berharap penjawat awam atau GLC yang mahu melakukan pinjaman supaya menyemak status syarikat itu jika benar ia mewakili koperasi supaya tidak menjadi mangsa.

“Kita memohon mereka yang ditipu dengan tawaran pinjaman seperti ini oleh syarikat atau individu yang mendakwa ejen ANGKASA supaya membuat laporan polis untuk siasatan supaya tindakan dapat diambil,” katanya.

Setakat ini, terdapat kira-kira 800 koperasi yang memperoleh kebenaran menawarkan pinjaman wang kepada anggota termasuklah kepada penjawat awam dan GLC.

“Bagaimanapun, hanya separuh sahaja iaitu 400 koperasi yang aktif,” katanya.

Beliau turut menasihati badan koperasi yang menawarkan pinjaman yang sah supaya menguruskan setiap permohonan dengan telus dan profesional tanpa membebankan peminjam. - BERNAMA


Demikianlah Artikel Penjawat awam dinasihat waspada tawaran pinjaman wang Angkasa

Sekianlah artikel Penjawat awam dinasihat waspada tawaran pinjaman wang Angkasa kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Penjawat awam dinasihat waspada tawaran pinjaman wang Angkasa dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2019/05/penjawat-awam-dinasihat-waspada-tawaran.html

Subscribe to receive free email updates: