Peningkatan tempat matrikulasi tidak jejas lepasan STPM - KPM

Peningkatan tempat matrikulasi tidak jejas lepasan STPM - KPM - Hallo sahabat Berita Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Peningkatan tempat matrikulasi tidak jejas lepasan STPM - KPM, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel berita hari ini, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, Artikel kabar kabur, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Peningkatan tempat matrikulasi tidak jejas lepasan STPM - KPM
link : Peningkatan tempat matrikulasi tidak jejas lepasan STPM - KPM

Baca juga


Peningkatan tempat matrikulasi tidak jejas lepasan STPM - KPM

PUTRAJAYA - Pertambahan sebanyak 15,000 tempat untuk program Matrikulasi yang diputuskan Kabinet baru-baru ini tidak akan menjejaskan pengambilan lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) ke peringkat ijazah pertama di universiti awam (UA).

Kementerian Pendidikan (KPM) dalam kenyataan hari ini berkata kementerian mengamalkan prinsip meritokrasi dalam pengambilan pelajar.

"Berdasarkan prinsip ini, semua calon yang layak dengan markah merit tertinggi tanpa mengira kaum, agama, negeri, taraf hidup dan tempat tinggal diberi peluang untuk mengikuti pengajian di IPTA (institusi pendidikan tinggi awam)," katanya.

KPM berkata calon-calon yang layak dan memenuhi syarat am dan syarat khas program pengajian serta kriteria pemilihan yang telah ditetapkan akan dipertimbangkan berdasarkan kepada pilihan program pengajian yang dipohon.

Katanya proses pemilihan pelajar bergantung kepada pengiraan markah merit iaitu 90 peratus markah akademik dan 10 peratus markah kokurikulum. Menurut KPM, markah akademik bagi kedua-dua lepasan STPM dan Matrikulasi adalah berdasarkan Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) yang diperoleh calon yang memohon.

"Kejayaan mendapat tempat di UA bergantung sepenuhnya kepada markah merit, tempat yang disediakan serta kelayakan calon dan bukannya bergantung kepada kategori calon tersebut," katanya.

Selain itu, KPM berkata bilangan tempat yang boleh ditawarkan juga bergantung kepada prasarana dan kapasiti UA.

KPM berkata dalam tempoh dua tahun sejak 2017, tawaran untuk lepasan STPM telah menunjukkan pertambahan sebanyak 4,242 (21.07 peratus), manakala lepasan Matrikulasi meningkat sebanyak 1,981 tawaran (10.83 peratus) pada sesi 2018/2019. -Bernama


Demikianlah Artikel Peningkatan tempat matrikulasi tidak jejas lepasan STPM - KPM

Sekianlah artikel Peningkatan tempat matrikulasi tidak jejas lepasan STPM - KPM kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Peningkatan tempat matrikulasi tidak jejas lepasan STPM - KPM dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2019/05/peningkatan-tempat-matrikulasi-tidak.html

Subscribe to receive free email updates: