[KUANTAN] LAPAN SEKELUARGA PERLU BANTUAN RAYA

[KUANTAN] LAPAN SEKELUARGA PERLU BANTUAN RAYA - Hallo sahabat Berita Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul [KUANTAN] LAPAN SEKELUARGA PERLU BANTUAN RAYA, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel berita hari ini, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, Artikel kabar kabur, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : [KUANTAN] LAPAN SEKELUARGA PERLU BANTUAN RAYA
link : [KUANTAN] LAPAN SEKELUARGA PERLU BANTUAN RAYA

Baca juga


[KUANTAN] LAPAN SEKELUARGA PERLU BANTUAN RAYA






Pasangan suami isteri bukan sahaja buntu malah sedih apabila tiada tempat tinggal selepas rumah yang didiami lebih 30 tahun di Kampung Melayu, Gambang terbakar.

Dalam kejadian Ahad lalu, rumah dihuni Salma Aba, 55, bersama Wan Kamarul Zaman Wan Ahmad, 54, anak, menantu dan empat cucu musnah dalam sekelip mata.

Salma berkata, dia rebah dan nyaris pengsan sebaik sahaja melihat rumahnya rentung.

"Masa kejadian kami tiada di rumah kerana keluar melihat salah seorang anak berniaga. Apabila pulang pada jam 10.00 malam saya lihat orang ramai di kawasan rumah tapi tak jangka rumah kami terbakar.

"Sebaik sahaja diberitahu saya terus jatuh dan nyaris pengsan tetapi nasib baik ada anak menantu. Sekarang kami tidak sempat nak fikir raya sebab runsing dan sedih kerana tiada tempat tinggal," katanya.





Tinggal sehelai sepinggang

Suri rumah itu berkata, mereka lapan beranak tinggal sehelai sepinggang kerana tiada satu barang dapat diselamatkan.

"Anak saya, Wan Noraziah dan suaminya, Mohd Nordin Alias bersama empat anak mereka yang berusia 6 bulan hingga 10 tahun tinggal bersama saya.

"Dengan gaji sebagai kakitangan Alam Flora, Wan Nordin tidak mampu untuk menyewa di tempat lain. Saya ada tiga anak tetapi semuanya sudah berkeluarga dan bukan orang senang," katanya.

Menurutnya, sudah ada beberapa pihak termasuk Adun Lepar dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) datang menghulurkan bantuan namun dia merayu bantuan untuk mendapatkan sebuah rumah baharu.

"Tidak mengapalah rumah kecil tetapi kami perlukan tempat tinggal. Buat masa sekarang kami sekeluarga terpaksa berteduh di surau. Memang sedih, lebih-lebih lagi pada bulan puasa.

"Orang sibuk membuat persiapan raya tetapi kami tidak sempat fikir dan amat berharap ada yang dapat membantu kami mendapatkan tempat tinggal baharu," katanya.

Noraziah berkata, sayu hati apabila anak-anak mengajaknya pulang ke rumah sedangkan mereka kini sudah kehilangan tempat berlindung.

"Pakaian sekolah mereka habis terbakar dan anak-anak sibuk bertanya tentang perkara itu. Anak yang berumur 4 tahun asyik ajak pulang ke rumah dan dia masih tidak faham kediaman sudah tiada.

"Kami tidak mampu cari rumah sewa, apatah lagi nak bina rumah baharu," katanya.



Aidilfitri hilang seri

Noraziah berkata, Aidilfitri sudah tiada makna kepada mereka sekeluarga kerana semuanya sudah hilang seri.

"Kami menumpang di surau tetapi ada seorang lelaki Cina menawarkan kami tinggal di rumahnya buat sementara waktu. Tidak tahu sampai bila dan kalau boleh mana-mana pihak bantulah kami dapatkan rumah," katanya.

Sementara itu, Pengarah JKM, Zulkhairi Zainal Abidin berkata, bantuan di bawah Tabung Bencana sudah disalurkan kepada mangsa namun pihaknya tiada peruntukan untuk bantuan rumah.

"Kebakaran tersebut membabitkan kemusnahkan 100 peratus dan melibatkan tiga buah keluarga. Selain keluarga Salma dan anaknya, sebuah rumah berhampiran turut terjejas di bahagian dinding.

"Orang ramai yang ingin membantu meringankan beban keluarga ini boleh salurkan ke akaun bank muamalat 06010045731728 di atas nama Mohd Nordin Alias," katanya.





Demikianlah Artikel [KUANTAN] LAPAN SEKELUARGA PERLU BANTUAN RAYA

Sekianlah artikel [KUANTAN] LAPAN SEKELUARGA PERLU BANTUAN RAYA kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel [KUANTAN] LAPAN SEKELUARGA PERLU BANTUAN RAYA dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2019/05/kuantan-lapan-sekeluarga-perlu-bantuan.html

Subscribe to receive free email updates: