Isu utamanya kekurangan guru Bahasa Inggeris, bukan MUET - NUTP

Isu utamanya kekurangan guru Bahasa Inggeris, bukan MUET - NUTP - Hallo sahabat Berita Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Isu utamanya kekurangan guru Bahasa Inggeris, bukan MUET - NUTP, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel berita hari ini, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, Artikel kabar kabur, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Isu utamanya kekurangan guru Bahasa Inggeris, bukan MUET - NUTP
link : Isu utamanya kekurangan guru Bahasa Inggeris, bukan MUET - NUTP

Baca juga


Isu utamanya kekurangan guru Bahasa Inggeris, bukan MUET - NUTP

KUALA LUMPUR - Kementerian Pendidikan (KPM) seharusnya menyelesaikan isu 'pokok' iaitu kekurangan guru bahasa Inggeris terlebih dahulu berbanding mengarahkan guru menduduki Ujian Bahasa Inggeris Universiti Malaysia (MUET).
Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Harry Tan Huat Hock berkata, isu kekurangan guru bahasa Inggeris sudah lama meruncing dan berlarutan tanpa penyelesaian.

"Kementerian harus selesaikan isu ini dahulu sebelum berusaha meningkatkan tahap kepakaran dan profesiensi guru bahasa Inggeris. Malahan, NUTP merasakan menteri pendidikan dan timbalannya tidak diberi fakta sebenar mengenai isu ini.

"Sebagai contoh, jumlah guru bahasa Inggeris di SK Malu Jitra, Kedah sepatutnya 14 orang tetapi hanya lapan orang yang merupakan guru opsyen bahasa Inggeris dan selebihnya guru bukan opsyen bahasa Inggeris.

"Oleh itu, kami berharap kementerian mengkaji semula isu ini demi masa hadapan murid agar mereka mendapat pendidikan bahasa Inggeris secukupnya dan sekali gus menguasai bahasa itu," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Arahan supaya guru yang mengajar bahasa Inggeris menduduki peperiksaaan MUET dikeluarkan Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr. Amin Senin dalam pekeliling pada 14 April lalu, bagi melihat semula tahap penguasaan bahasa Inggeris selari dengan keperluan yang termaktub dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025.

Tan turut menjelaskan, sehingga kini pihak Pusat Pengajaran Bahasa Inggeris, Malaysia (ELTC) dan English Language Standard Quality Council (ELSQC) masih tidak memberi maklum balas mengenai isu ini.

"NUTP mahu tahu bagaimana cara mereka menangani isu kekurangan guru bahasa Inggeris. Ini kerana, ELTC telah menjalankan pelbagai kajian dan penyelidikan dengan kos jutaan ringgit yang ditanggung kerajaan bagi memperkasa bahasa Inggeris namun pencapaian murid sehingga kini masih rendah," katanya. - Bernama


Demikianlah Artikel Isu utamanya kekurangan guru Bahasa Inggeris, bukan MUET - NUTP

Sekianlah artikel Isu utamanya kekurangan guru Bahasa Inggeris, bukan MUET - NUTP kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Isu utamanya kekurangan guru Bahasa Inggeris, bukan MUET - NUTP dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2019/05/isu-utamanya-kekurangan-guru-bahasa.html

Subscribe to receive free email updates: