Guru lanjut pelajaran di peringkat MA, PhD berpeluang dapat insentif - Maszlee

Guru lanjut pelajaran di peringkat MA, PhD berpeluang dapat insentif - Maszlee - Hallo sahabat Berita Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Guru lanjut pelajaran di peringkat MA, PhD berpeluang dapat insentif - Maszlee, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel berita hari ini, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, Artikel kabar kabur, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Guru lanjut pelajaran di peringkat MA, PhD berpeluang dapat insentif - Maszlee
link : Guru lanjut pelajaran di peringkat MA, PhD berpeluang dapat insentif - Maszlee

Baca juga


Guru lanjut pelajaran di peringkat MA, PhD berpeluang dapat insentif - Maszlee

PULAU PINANG 16 Mei - Para guru yang melanjutkan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana (MA) dan Ijazah Kedoktoran (PhD) akan diberikan insentif khas sebagai antara galakan kepada kelompok berkenaan.
Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik berkata, pihaknya akan mengadakan perbincangan dengan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) berhubung cadangan itu.

“Untuk jangka masa panjang, kita sedang merangka dan berbincang dengan pihak JPA.

“Insya-Allah saya juga akan minta pertolongan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berhubung cadangan ini,” katanya.

Beliau berucap pada majlis sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan Ke-48 di Spice Arena, Bayan Baru di sini hari ini yang disempurnakan Dr. Mahathir.

Dalam pada itu, Maszlee berkata, kementerian telah menggariskan beberapa inisiatif jangka masa sederhana dan panjang bagi menambah baik tugas para guru di sekolah.
Antaranya, tambah beliau, pemberhentian pelaksanaan audit Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelombang 2 (SKPMg2) yang mana pihak sekolah kini hanya perlu melaksanakan audit kendiri bagi mengenal pasti kekuatan dan kelemahan masing-masing.

Bagi isu pengawasan peperiksaan pada waktu cuti sekolah pula, jelasnya, bermula tahun ini pengawasan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) akan dilaksanakan secara dua fasa pada bulan Oktober dan November semasa waktu persekolahan.

“Bagi memenuhi keperluan penggantian guru bercuti, cuti bersalin dan cuti sakit melebihi 28 hari, sebanyak RM35.2 juta peruntukan guru ganti telah disalurkan kepada Jabatan Pendidikan Negeri supaya sekolah boleh menggunakan khidmat guru ganti,” katanya. ''

Sumber - UTUSAN ONLINE


Demikianlah Artikel Guru lanjut pelajaran di peringkat MA, PhD berpeluang dapat insentif - Maszlee

Sekianlah artikel Guru lanjut pelajaran di peringkat MA, PhD berpeluang dapat insentif - Maszlee kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Guru lanjut pelajaran di peringkat MA, PhD berpeluang dapat insentif - Maszlee dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2019/05/guru-lanjut-pelajaran-di-peringkat-ma.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :