Judul : [Video Awat takut ke, pondan ke apa] Walaupun difitnah 'anti Islam', DAP balas dengan berjasa kepada umat Islam & DAP beri Ismail Sabri 24 jam tarik balik kenyataan hasutan terhadap PH
link : [Video Awat takut ke, pondan ke apa] Walaupun difitnah 'anti Islam', DAP balas dengan berjasa kepada umat Islam & DAP beri Ismail Sabri 24 jam tarik balik kenyataan hasutan terhadap PH
[Video Awat takut ke, pondan ke apa] Walaupun difitnah 'anti Islam', DAP balas dengan berjasa kepada umat Islam & DAP beri Ismail Sabri 24 jam tarik balik kenyataan hasutan terhadap PH
Selasa, 2 April 2019KiniTV
Dewan rakyat tegang seketika melibatkan ahli parlimen jelutong RSN Rayer dan ahli parlimen Rembah Khairy Jamaluddin. Ketika perbahasan giliran Rayer, beliau dilihat mempertikai perbahasan Khairy. Namun ketika Khairy hendak bangun mencelah, Rayer tidak memberi laluan termasuk beberapa ahli parlimen pembangkang yang juga tidak diberi laluan untuk mencelah. Ia membuatkan Khairy menggelar Rayer sebagai takut dan pondan. Rayer bagaimanpun bangun dan menyelar Khairy sebagai ahli parlimen bertaraf rendah.
DAP beri Ismail Sabri 24 jam tarik balik kenyataan hasutan terhadap PH
Seorang pemimpin DAP memberi tempoh 24 jam kepada Naib Presiden UMNO, Ismail Sabri Yaakob untuk menarik balik kenyataannya yang berunsur hasutan dan berniat jahat terhadap kerajaan Pakatan Harapan.
Kegagalan berbuat demikian, kata Setiausaha DAP Wilayah Persekutuan, Lim Lip Eng, akan menyaksikan pemimpin pembangkang itu berdepan dengan tindakan undang-undang.
“Provokasi ‘jihad’ yang dilaungkannya boleh membawa kepada pertumpahan darah dan orang tidak bersalah menjadi korban gara-gara penipuan yang dilemparkan beliau terhadap Pakatan Harapan yang dituduh kononnya anti-Melayu dan anti-Islam.
“Ini mungkin adalah tindakan paling melampau UMNO kerana menghasut penyokong UMNO dan PAS untuk melancarkan perang ‘jihad’ terhadap kerajaan persekutuan adalah sama seperti menentang Yang di-Pertuan Agong, yang melantik Perdana Menteri, yang merupakan seorang Melayu dari PPBM, sebuah parti berasaskan Melayu dan kabinetnya untuk menguruskan negara kita,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.
Tambah, Lip Eng, kenyataan Ismail Sabri itu mengguris hati penjawat awam serta rakyat, sekaligus menggesa agar beliau membuat permohonan maaf.
“Dakwaan Ismail Sabri bahawa kerajaan Pakatan Harapan kononnya ‘anti-Melayu’ dan ‘anti-Islam’ adalah sikap tipikal Barisan Nasional, yang bergantung kepada politik pembohongan dan menyebarkan kebencian dengan tujuan untuk memusnahkan ikatan harmoni antara kaum negara ini,” ujarnya. – Roketkini.com
Demikianlah Artikel [Video Awat takut ke, pondan ke apa] Walaupun difitnah 'anti Islam', DAP balas dengan berjasa kepada umat Islam & DAP beri Ismail Sabri 24 jam tarik balik kenyataan hasutan terhadap PH
Sekianlah artikel [Video Awat takut ke, pondan ke apa] Walaupun difitnah 'anti Islam', DAP balas dengan berjasa kepada umat Islam & DAP beri Ismail Sabri 24 jam tarik balik kenyataan hasutan terhadap PH kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel [Video Awat takut ke, pondan ke apa] Walaupun difitnah 'anti Islam', DAP balas dengan berjasa kepada umat Islam & DAP beri Ismail Sabri 24 jam tarik balik kenyataan hasutan terhadap PH dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2019/04/video-awat-takut-ke-pondan-ke-apa.html