SYED SADDIQ JANGAN TAKBUR, SEDARLAH... PPBM HANYA ALAT DAP

SYED SADDIQ JANGAN TAKBUR, SEDARLAH... PPBM HANYA ALAT DAP - Hallo sahabat Berita Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul SYED SADDIQ JANGAN TAKBUR, SEDARLAH... PPBM HANYA ALAT DAP, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel berita hari ini, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, Artikel kabar kabur, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : SYED SADDIQ JANGAN TAKBUR, SEDARLAH... PPBM HANYA ALAT DAP
link : SYED SADDIQ JANGAN TAKBUR, SEDARLAH... PPBM HANYA ALAT DAP

Baca juga


SYED SADDIQ JANGAN TAKBUR, SEDARLAH... PPBM HANYA ALAT DAP






Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa menempelak Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman jangan takbur dengan kemenangan Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu.

Tegas Annuar dalam Facebooknya, semua tahu PH menang dengan membuat janji palsu, menipu rakyat dan tambahan pula Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) hanya memperoleh tiga belas kerusi daripada 222 kawasan Parlimen.

“Bangga apa Syed Saddiq… kemenangan kamu juga kerana kamu sanggup menggadai maruah dan martabat Melayu dan Islam kepada Dap, yang telah berjaya memperalatkan parti kamu.

“Hari ini parti kamu sudah ditolak oleh rakyat secara nyata dalam setiap pilihan raya kecil (PRK). Apakah kamu lupa?,” soal Annuar yang juga Ahli Parlimen Ketereh.

Annuar memberi reaksi demikian ketika mengulas mengenai tindakan Ketua Pemuda PH itu yang berhempas-pulas untuk cuba ‘membodek’ ketuanya, Tun Mahathir Mohamad dengan berkali-kali membuat kenyataan berbaur provokatif terhadap Tunku Mahkota Johor (TMJ), Duli Yang Amat Mulia Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim.

“Mujurnya TMJ bertindak matang tidak melayani sikap kebudak-budakan ini.

“Syed Saddiq kononnya berjuang untuk rakyat… baru berapa hari wahai Syed Saddiq kamu membela rakyat berbanding dengan kesultanan Johor yang sudah beberapa keturunan memayungi dan membela rakyat dan negeri Johor,” tambahnya lagi.

Bidas Annuar juga, sebagai menteri yang menjaga sukan Syed Saddiq bersikap biadap apabila mengaitkan soal Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dengan politik tanah air.

“Apa jasa kamu pada sukan Malaysia setakat ini?

“Kamu tidak harus menyeret FAM dengan politik kerana FAM adalah badan bebas politik.

“Apa lagi jasa TMJ dalam bolasepak jauh lebih banyak berbanding kamu sendiri,” katanya.

Justeru Annuar menasihati Ahli Parlimen Muar itu sedar kerana sedang diperalatkan.

“Sedarlah, kamu cuma diperalatkan… hayat politik kamu tidak lama… hayat manusia juga tidak lama.

“Hidup biar bersopan. Tutur kata biar beradab… di situ bumi di pijak, di situ langit dijunjung. Kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa,” tegasnya lagi.




Demikianlah Artikel SYED SADDIQ JANGAN TAKBUR, SEDARLAH... PPBM HANYA ALAT DAP

Sekianlah artikel SYED SADDIQ JANGAN TAKBUR, SEDARLAH... PPBM HANYA ALAT DAP kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel SYED SADDIQ JANGAN TAKBUR, SEDARLAH... PPBM HANYA ALAT DAP dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2019/04/syed-saddiq-jangan-takbur-sedarlah-ppbm.html

Subscribe to receive free email updates: