Judul : Kalau Betul Rumah Minangkabau Di Seremban 2 Milik Tok Mat Hasan, Apa Masalahnya?
link : Kalau Betul Rumah Minangkabau Di Seremban 2 Milik Tok Mat Hasan, Apa Masalahnya?
Kalau Betul Rumah Minangkabau Di Seremban 2 Milik Tok Mat Hasan, Apa Masalahnya?
Minggu terakhir menjelang PRK DUN Rantau, kempen PKR menjadi semakin bercorak serangan peribadi atau 'character assassination'. Sepatutnya, sebagai Kerajaan Negeri dan Pusat, kempen PH wajar mengutamakan usaha-usaha untuk meningkatkan taraf hidup Rakyat di Rantau. Memang patut pun DS Haji Mohamad Haji Hasan atau Tok Mat Hasan berkata beliau malas hendak layan mainan budak-budak bodoh. Katanya,
Tak tahu, check la sama ada saya punya ke tidak. Semua orang kata rumah saya sini rumah saya sana. Check la kalau rumah saya, kalau bukan, bukan rumah saya. Saya malas la, cerita budak bodoh macam main pondok-pondok.
Pertama, Menteri Besar Negeri Sembilan adalah dari PKR. Semua PBT adalah di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri. Begitu juga Pejabat Tanah dan Daerah. Semua kena patuh arahan Menteri Besar. Kalau hendak sensasikan cerita rumah agam gaya Minangkabau di Seremban 2 kononnya milik Tok Mad Hasan, PKR keluarkanlah salinan geran tanah dan surat cukai pintu bagi bangunan itu. Apa yang susahnya?
Kalau betulpun rumah agam itu Tok Mad Hasan yang punya, adakah beliau tidak mampu miliki atau bina rumah semahal itu? DS Anwar Ibrahim pun memiliki rumah bernilai lebih RM7 juta di Segambut. Adakah ini hasil simpanan semasa beliau duduk di penjara?
Kedua, sebaliknya, Streram yang tular di media sosial mempunyai rumah bernilai RM7.8 juta boleh dikatakan tidak masuk akal. Ini kerana untuk Streram membayar yuran universiti anak beliau yang berjumlah RM60 ribu pun beliau sanggup pinjam kawan. Sudahlah pinjam, tidak bayar balik pula sehingga kawan beliau terpaksa membuat laporan polis. Apapun, apa sudah jadi dengan laporan polis berkenaan? Diletakkan di bawah status 'No Further Action (NFA)' atau sudah ditarik balik?
Demikianlah Artikel Kalau Betul Rumah Minangkabau Di Seremban 2 Milik Tok Mat Hasan, Apa Masalahnya?
Sekianlah artikel Kalau Betul Rumah Minangkabau Di Seremban 2 Milik Tok Mat Hasan, Apa Masalahnya? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Kalau Betul Rumah Minangkabau Di Seremban 2 Milik Tok Mat Hasan, Apa Masalahnya? dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2019/04/kalau-betul-rumah-minangkabau-di.html