Hari ke-11: RM2b lagi masuk ke SRC dari KWAP pada 2012 & Najib beri saya RM2.5j untuk risikan politik [Video HARI KE-11 PERBICARAAN NAJIB 30 APRIL 2019]

Hari ke-11: RM2b lagi masuk ke SRC dari KWAP pada 2012 & Najib beri saya RM2.5j untuk risikan politik [Video HARI KE-11 PERBICARAAN NAJIB 30 APRIL 2019] - Hallo sahabat Berita Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Hari ke-11: RM2b lagi masuk ke SRC dari KWAP pada 2012 & Najib beri saya RM2.5j untuk risikan politik [Video HARI KE-11 PERBICARAAN NAJIB 30 APRIL 2019], kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel berita hari ini, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, Artikel kabar kabur, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Hari ke-11: RM2b lagi masuk ke SRC dari KWAP pada 2012 & Najib beri saya RM2.5j untuk risikan politik [Video HARI KE-11 PERBICARAAN NAJIB 30 APRIL 2019]
link : Hari ke-11: RM2b lagi masuk ke SRC dari KWAP pada 2012 & Najib beri saya RM2.5j untuk risikan politik [Video HARI KE-11 PERBICARAAN NAJIB 30 APRIL 2019]

Baca juga


Hari ke-11: RM2b lagi masuk ke SRC dari KWAP pada 2012 & Najib beri saya RM2.5j untuk risikan politik [Video HARI KE-11 PERBICARAAN NAJIB 30 APRIL 2019]

Selasa, 30 April 2019
Imej mungkin mengandungi: 1 orang, teks
TAHUKAH ANDA..
Dana dari Arab Saudi hanya berjumlah US$100 juta (RM304.5 juta) dalam EMPAT transaksi pada tahun 2011 (23/2/2011: US$10 juta, 13/6/2011: US$10 juta, 18/8/2011: US$50 juta dan 25/11/2011: US$30 juta)
Manakala 'derma' US$681 (RM2.6 bilion) itu berasal daripada Tanore Finance Corporation, BUKANNYA 'direct' dari akaun k'jaan Arab Saudi mahupun Putera Faisal bin Turkey yg dibuat dalam DUA transaksi pada tahun 2013 (21/3/2013: US$620 juta dan 25/3/2013: US$61 juta).
KENAPA derma dari Tanore Finance Corporation shj yg dipulangkan ?
Dana RM304.5 juta dari Arab Saudi dah pi mana?

Hari ke-11: RM2b lagi masuk ke SRC dari KWAP pada 2012

R Uma Devi
Pengurus Ambank cawangan Jalan Raja Chulan, R Uma Devi, dijadual meneruskan keterangannya kepada Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.
Sehingga perbicaraan ditangguhkan petang semalam Uma Devi masih disoal balasa peguam bela Najib Razak, Harvinderjit Singh.
Malaysiakini menyiarkan laporan langsung perjalanan kes berprofil tinggi ini di sini dari semasa ke semasa.
LANGSUNG
4.20 petang: Perbicaraan bersambung semula.
4.10 petang: Mahkamah berehat selama kira-kira 10 minit.
3.30 petang: Saksi Wedani Senen mengesahkan bahawa bahagian kedua sebanyak RM2 bilion mengalir masuk dari Kumpulan Wang Persaraan Diperbadankan (KWAP) ke dalam akaun bank SRC International pada 28 Mac 2012.
Pengurus Unit Pusat Rentas AmBank membenarkan dokumen nasihat pengesahan (confirmation advice) yang ditunjukkan oleh DPP Sulaiman Kho.
Sebelum ini, saksi R Uma Devi memberi keterangan bahawa RM2 bilion dipindahkan ke akaun SRC International pada tarikh yang sama.
Bahagian pertama sebanyak RM2 bilion telah dipindahkan dari akaun KWAP ke dalam akaun SRC International pada 26 Ogos 2011.
3.05 petang: Sejumlah RM2 bilion wang dipindahkan dari Kumpulan Wang Persaraan (KWAP) kepada akaun syarikat SRC International Sdn Bhd (SRC) pada Ogos 2011.
Saksi pendakwaan yang juga pengurus Unit Rentas Pusat Kiriman Wang Ambank, Wedani Senen memberitahu mahkamah transaksi tersebut berlaku pada 26 Ogos tahun berkenaan.
Menjawab soalan timbalan pendakwa raya, Sulaiman Kho, saksi ke-21 itu memberitahu pemindahan tersebut direkodkan melalui confirmation advice yang dikeluarkan.
Sulaiman: Boleh puan maklumkan apa dokumen ni?
Wedani: Confirmation advice. Duit masuk dari Kumpulan Wang Persaraan kepada Amislamic Bank.
Sulaiman: Jumlahnya?
Wedani: RM2 billion kepada SRC pada 26 Ogos 2011.
Sulaiman: Adakah confirmation advice ini dikeluarkan Unit Rentas Ambank?
Wedani: Ya.
Terdahulu saksi itu memberitahu mahkamah confirmation advice ialah dokumen yang dikeluarkan secara automatik oleh Sistem Rentas bank terbabit bagi melengkapkan pelaksanaan pemindahan wang dari sebuah bank ke akaun Ambank.
Katanya bagi wang yang dipindahkan dari Ambank ke bank lain dokumen berkenaan dikenali sebagai completion advice.
Malaysiakini,

Habibul: Najib beri saya RM2.5j untuk risikan politik

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini dimaklumkan bahawa bekas perdana menteri Najib Razak memberikan RM2.5 juta kepada salah seorang kenalan rapatnya untuk mengumpul risikan.
Saksi Habibul Rahman berkata wang berkenaan adalah untuk "manfaat politik BN".
Wang berkenaan dikatakan disalurkan melalui cek yang diberikan kepada sebuah firma guaman.
Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Muhammad Saifuddin Hashim Musaimi: Bolehkah anda menjelaskan kenapa cek itu diberikan kepada firma guaman dan bukannya anda sendiri?
Habibul: Saya sendiri minta kerana jika di bawah nama saya ia akan dianggap sebagai hasil pendapatan saya.
Bukan untuk tujuan saya. Ia untuk operasi pertahanan politik, digunakan (untuk memperoleh) risikan politik.
Saifuddin: Risikan untuk siapa?
Habibul: Ia ada tertulis dalam sebuah senarai, semua pihak yang terima (wang). Wang itu adalah untuk bayaran balik (aktiviti) politik.
(Kadang-kadang) saya perlu guna duit sendiri. Jadi saya ambil (sebahagian wang).
Rabu lalu, peguam yang mewakili Habibul, Ashraf Abdul Razak memaklumkan mahkamah  bahawa bekas firma guamannya sebelum ini menerima cek RM2.5 juta bagi anak guamnya itu.
Ashraf juga berkata dia menerima arahan daripada Habibul untuk membuat beberapa bayaran, termasuk kepada anak dan isteri Habibul.
Hari ini, Habibul menjelaskan bahawa wang yang diagihkan kepada keluarganya adalah bayaran balik wang yang dia sudah gunakan untuk tujuan mengumpul bahan risikan politik.
Habibul juga menjelaskan bahawa Ashraf tersilap memberitahu mahkamah bahawa RM2.5 juta itu adalah bagi tujuan kontrak pertahanan.
Malaysiakini


Demikianlah Artikel Hari ke-11: RM2b lagi masuk ke SRC dari KWAP pada 2012 & Najib beri saya RM2.5j untuk risikan politik [Video HARI KE-11 PERBICARAAN NAJIB 30 APRIL 2019]

Sekianlah artikel Hari ke-11: RM2b lagi masuk ke SRC dari KWAP pada 2012 & Najib beri saya RM2.5j untuk risikan politik [Video HARI KE-11 PERBICARAAN NAJIB 30 APRIL 2019] kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Hari ke-11: RM2b lagi masuk ke SRC dari KWAP pada 2012 & Najib beri saya RM2.5j untuk risikan politik [Video HARI KE-11 PERBICARAAN NAJIB 30 APRIL 2019] dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2019/04/hari-ke-11-rm2b-lagi-masuk-ke-src-dari.html

Subscribe to receive free email updates: