Judul : Baru 10 Bulan Sudah Makan Rasuah
link : Baru 10 Bulan Sudah Makan Rasuah
Baru 10 Bulan Sudah Makan Rasuah
Hanya dengan nilai RM28,000 Setiausaha Politik Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani, Dato Salahuddin Ayub sanggup menerima rasuah hanya baru memegang kuasa selama 10 bulan.
Kita harapkan kes ini tidak seperti kes-kes sebelum ini seperti Pegawai Khas Menteri yang ditangkap merakam seluar dalam amoi.
Parti mana yang memerintah sama sahaja. Masing-masing ingin menjarah harta Rakyat yang ada. Kenyataan Media dari Menteri berkenaan di bawah.
KENYATAAN MEDIA
Saya telah dimaklumkan setiausaha politik saya telah ditahan pada hari ini oleh pihak SPRM untuk siasatan.
Ingin saya tegaskan bahawa saya tidak akan campur tangan dalam siasatan pihak SPRM dan saya akan membiarkan undang-undang mengambil tempatnya. Beliau juga seperti rakyat Malaysia yang lain yang tertakluk kepada undang-undang.
Saya berpegang teguh kepada prinsip keluhuran undang-undang dan saya yakin dan percaya pihak SPRM akan menyiasat kes ini dengan adil dan bebas.
YB DATO’ SALAHUDDIN AYUB
MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI
1 APRIL 2019
Demikianlah Artikel Baru 10 Bulan Sudah Makan Rasuah
Sekianlah artikel Baru 10 Bulan Sudah Makan Rasuah kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Baru 10 Bulan Sudah Makan Rasuah dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2019/04/baru-10-bulan-sudah-makan-rasuah.html