Judul : 22 MENARA TELEKOMUNIKASI BAHARU PERKAMPUNGAN ORANG ASLI CAMERON HIGHLANDS
link : 22 MENARA TELEKOMUNIKASI BAHARU PERKAMPUNGAN ORANG ASLI CAMERON HIGHLANDS
22 MENARA TELEKOMUNIKASI BAHARU PERKAMPUNGAN ORANG ASLI CAMERON HIGHLANDS

Sehingga kini terdapat 22 menara baharu di beberapa perkampungan Orang Asli Cameron Highlands termasuklah Pos Mensun, Telanuk, dan Terisu telah siap beroperasi di Cameron Highlands
Tambahan pula 18 menara sedia ada telah dinaik taraf kepada perkhidmatan jalur lebar mudah alih 3G/4G di daerah ini manakala 24 menara lagi dalam peringkat penaiktarafan dan dijangka siap sepenuhnya menjelang suku keempat 2019.
Demikian seperti yang telah diperkatakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Sains, Teknologi, Teknologi Hijau, Komunikasi dan Multimedia, YB Dato’ Mohammad Fakhruddin Bin Mohd. Ariff.
Bagi menjawab soalan daripada Encik Chiong Yoke Kong -Tanah rata, beliau menjelaskan pihak Telekom Malaysia (TM) sebagai pemberi perkhidmatan telah mendapat makluman berkenaan jaringan internet di Cameron Highlands dan usaha melebarkan sedang giat dijalankan.
Dato’ Fakhruddin turut menjelaskan, MCMC dan pihak pemberi perkhidmatan akan membina dan menaik taraf sebanyak 11 menara komunikasi di sepanjang laluan dari Felda Sg. Koyan, Lipis hingga ke Lembah Berta,Cameron Highlands bagi kemudahan Orang Asli dan pengguna jalan raya yang melalui jalan tersebut.
”Ini merupakan tambahan kepada 34 menara komunikasi yang telah dibina secara komersial oleh syarikat pemberi perkhidmatan di Cameron Highlands,” katanya lagi.
Demikianlah Artikel 22 MENARA TELEKOMUNIKASI BAHARU PERKAMPUNGAN ORANG ASLI CAMERON HIGHLANDS
Sekianlah artikel 22 MENARA TELEKOMUNIKASI BAHARU PERKAMPUNGAN ORANG ASLI CAMERON HIGHLANDS kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel 22 MENARA TELEKOMUNIKASI BAHARU PERKAMPUNGAN ORANG ASLI CAMERON HIGHLANDS dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2019/04/22-menara-telekomunikasi-baharu.html