Judul : [Video NGO2 Saudara Islam Semalaysia mahu perbicaraan kes Najib disiar secara langsung] Tender terbuka, PH terbaik! Ketua Ranting PKR Rantau ditetak, Streram salahkan MIC.
link : [Video NGO2 Saudara Islam Semalaysia mahu perbicaraan kes Najib disiar secara langsung] Tender terbuka, PH terbaik! Ketua Ranting PKR Rantau ditetak, Streram salahkan MIC.
[Video NGO2 Saudara Islam Semalaysia mahu perbicaraan kes Najib disiar secara langsung] Tender terbuka, PH terbaik! Ketua Ranting PKR Rantau ditetak, Streram salahkan MIC.
Sabtu, 30 Mac 2019KiniTV
NGO-NGO Saudara Islam Semalaysia menggesa Mahkamah Persekutuan supaya membenarkan perbicaraan bagi kes melibatkan Datuk Seri Najib Razak disiar secara langsung di stesen televisyen tempatan. Penasihat NGO tersebut, Shafik Abdullah berkata ia adalah bagi mengelakkan spekulasi dari mana-mana pihak dan mengelak laporan yang tidak tepat oleh segelintir media.Ketua Ranting PKR Rantau ditetak, Streram salahkan MIC
Ketua Ranting PKR di Rantau cedera lengan kiri akibat ditetak seorang lelaki hari ini.
Susulan itu, calon PKR Rantau Dr S Streram menyalahkan MIC atas serangan itu.
Menurut Harian Metro, Ketua Ranting PKR Taman Cempaka K Suresh diserang ketika sedang membersihkan belukar bersama rakan di kawasan berkenaan.
Mangsa dikatakan didatangi lelaki yang dikenalinya berusia 40-an yang tiba-tiba memarahinya dan mempersoalkan kenapa dia membersihkan belukar kawasan itu.
Lelaki berkenaan kemudian dikatakan pulang rumah sebelum kembali semula memegang parang lalu mengejar mangsa.
Tambah laporan itu, kekecohan itu dileraikan rakan mangsa sebelum laporan dibuat di Balai Polis Rantau selepas kejadian.
Polis sedang menyiasat kejadian berkenaan.
Dalam ceramahnya malam ini, Streram mendakwa MIC bertanggungjawab ke atas serangan itu kerana takut BN akan kalah dalam pilihan raya kecil (PRK) Rantau.
"Kita yakin kita (boleh) menang. Hari ini ada dua kejadian di Taman Cempaka dan di Kuala Sawah
"Ketua Ranting Taman Cempaka diserang oleh orang-orang BN dari MIC," katanya.
Sementara itu, kata Streram, di Kuala Sawah, ketua kampung Kampung Station dan Sega Hilir dikejar oleh orang-orang Umno ketika membuat kunjungan.
"Sebab apa? Sebab mereka takut kita pengaruh pengundi-pengundi di kampung dan taman-taman yang kita duduk sekarang," katanya.
Ketika dihubungi untuk menjelaskan dakwaan itu kemudian, Streram berkata, individu yang menyerang Suresh adalah "disyaki anggota MIC".
Malaysiakini sudah menghubungi Presiden MIC SA Vigneswaran dan Timbalan Presiden MIC M Saravanan untuk mendapatkan ulasan berhubung dakwaan Streram.
*Laporan tambahan oleh Zikri Kamarulzaman
Demikianlah Artikel [Video NGO2 Saudara Islam Semalaysia mahu perbicaraan kes Najib disiar secara langsung] Tender terbuka, PH terbaik! Ketua Ranting PKR Rantau ditetak, Streram salahkan MIC.
Sekianlah artikel [Video NGO2 Saudara Islam Semalaysia mahu perbicaraan kes Najib disiar secara langsung] Tender terbuka, PH terbaik! Ketua Ranting PKR Rantau ditetak, Streram salahkan MIC. kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel [Video NGO2 Saudara Islam Semalaysia mahu perbicaraan kes Najib disiar secara langsung] Tender terbuka, PH terbaik! Ketua Ranting PKR Rantau ditetak, Streram salahkan MIC. dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2019/03/video-ngo2-saudara-islam-semalaysia.html