Judul : [Video KJ panggil timbalan speaker Taliban, diarah tarik balik] Bank Negara had transaksi tunai bendung pengubahan wang haram.
link : [Video KJ panggil timbalan speaker Taliban, diarah tarik balik] Bank Negara had transaksi tunai bendung pengubahan wang haram.
[Video KJ panggil timbalan speaker Taliban, diarah tarik balik] Bank Negara had transaksi tunai bendung pengubahan wang haram.
Khamis, 28 Mac 2019KiniTV
Khairy Jamaluddin (BN-Rembau) hari ini memperlekehkan kemahiran pemahaman timbalan speaker Dewan Rakyat, Nga Kor Ming dan memanggilnya sebagai "Taliban". Ini selepas Nga yang menyoal apa sebenarnya soalan Khairy semasa wakil BN itu dipanggil untuk mengemukakan soalan susulan kepada Menteri Kewangan Lim Guan Eng yang menjelaskan mengenai pemberian bantuan Bantuan Sara Hidup (BSH). Sejurus itu, Khairy menuduh kerajaan Pakatan Harapan (PH) mengambil keputusan bermotif politik untuk memperkenalkan semula pemberian wang tunai RM100 kepada mereka yang berstatus bujang pada kempen pilihan raya kecil Semenyih lalu. “Saya nak tanya menteri disebabkan digunakan alasan tak ada duit tetapi ada pula rang undang perbekalan (sebanyak) RM9 bilion. “Mungkin sempena PRK DUN Rantau ini akan diumumkan BSH untuk bujang ini dinaikkan kepada RM450 seperti (yang diberikan) di bawah BN dahlulu,” katanya. Nga kemudiannya bertanya apa sebenarnya soalan yang dicuba dikemukakan oleh Khairy. Khairy: Adakah sempena dengan PRK Rantau, ada masalah komprehensi, Taliban? Speaker Nga: YB Rembau, tarik balik. Khairy: Tarik balik mana? Speaker Nga: Taliban. Khairy: Saya tarik balik. Ada masalah komprehensi, speaker? Speaker Nga: Inilah dia...bila kita nak pastikan dewan ini berjalan dengan lancar tapi ada buat provokasi saya rasa kesal. Ini sikap tidak patut kita belakjar. Nga seterusnya meminta Lim meneruskan penjelasannya itu. Istilah "Taliban" merujuk kepada kenyataan Naga yang juga adalah pengerusi DAP Perak yang mendakwa bahawa Malaysia akan menjadi seperti Afghanistan yang ditadbir Taliban jika Umno dan PAS membentuk kerajaan.Bank Negara had transaksi tunai bendung pengubahan wang haram
Bank Negara sedang merangka dasar menghadkan jumlah transaksi tunai dan dan tidak lama lagi memerlukan maklum balas daripada pengguna.
Gabernor Bank Negara Shamsiah Mohd Yunus berkata dasar itu bertujuan membendung kegiatan pengubahan wang haram dan "mengehadkan penggunaan wang tunai oleh penjenayah."
"Kami sedang mengkaji dan akan merundingkan hal ini secara meluas mengenai potensi memperkenalkan had ekonomi terhadap transaksi tunai di Malaysia.
"Langkah serupa telah diambil di beberapa negara," katanya pada sidang akhbar ketika membentangkan laporan tahunan bank pusat 2018 dan Laporan Kestabilan Kewangan dan Sistem Pembayaran 2018 hari ini.
Pada gambar rajah yang disediakan dalam laporan berkenaan, bank itu menyebut bagaimana Australia, Itali dan Republik Czech mengenakan "had tunggal" terhadap transaksi tunai berjumlah AUS$10,000 (RM30,160), CZK350,000 (RM64,935) dan EUR$3,000 (RM14,280).
Turut dipaparkan laporan itu, negara-negara yang mengenakan "pelbagai had" bergantung kepada pelbagai faktor. Had di Perancis adalah antara EUR$300-EUR$15,000 (RM1,428-RM71,400), di India dari INR20,000-INR200,000 (RM11,182-RM11,820), di Mexico dari MXN$200,000-MXN$500,000 (RM41,929-RM104,822), di Slovakia dari EUR$5,000 hingga EUR$15,000 (RM23,800-RM71,400) dan di Sepanyol dari EUR$2,500-EUR$15,000 (RM11,900-RM71,400).
Had sesuai di Malaysia
Untuk merumuskan model Malaysia, Shamsiah berkata bank itu akan memulakan perundingan awam sama ada pada suku kedua atau ketiga tahun ini.
"Kami ingin mendengar pandangan anda mengenai hal ini, kerana kami akan mengadakan perundingan umum mengenai dua perkara ini.
"Sekiranya hal ini sesuatu yang sesuai untuk diamalkan Malaysia, adakah ia bergerak ke arah yang betul?
"Dan jika wajar, apakah had yang sesuai?" Katanya ketika sesi soal jawab.
Di samping inisiatif ini, bank pusat juga sedang berusaha untuk mempercepatkan peralihan kepada sistem pembayaran elektronik bagi mengurangkan penggunaan wang tunai.
Bermula 1 Januari tahun ini, Bank Negara mengurangkan had pelaporan transaksi tunai (CTR) dari RM50,000 hingga RM25,000 dalam usaha untuk memerangi kegiatan haram.
Malaysiakini.
Demikianlah Artikel [Video KJ panggil timbalan speaker Taliban, diarah tarik balik] Bank Negara had transaksi tunai bendung pengubahan wang haram.
Sekianlah artikel [Video KJ panggil timbalan speaker Taliban, diarah tarik balik] Bank Negara had transaksi tunai bendung pengubahan wang haram. kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel [Video KJ panggil timbalan speaker Taliban, diarah tarik balik] Bank Negara had transaksi tunai bendung pengubahan wang haram. dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2019/03/video-kj-panggil-timbalan-speaker.html