Sijil Amalan Guaman bukan dibawah KPM - Menteri Pendidikan

Sijil Amalan Guaman bukan dibawah KPM - Menteri Pendidikan - Hallo sahabat Berita Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Sijil Amalan Guaman bukan dibawah KPM - Menteri Pendidikan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel berita hari ini, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, Artikel kabar kabur, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Sijil Amalan Guaman bukan dibawah KPM - Menteri Pendidikan
link : Sijil Amalan Guaman bukan dibawah KPM - Menteri Pendidikan

Baca juga


Sijil Amalan Guaman bukan dibawah KPM - Menteri Pendidikan

JOHOR BAHRU: Pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) bagi tujuan menduduki Peperiksaan Sijil Amalan Guaman (CLP) bukan dilakukan Kementerian Pendidikan, kata Menteri Maszlee Malik.
“CLP bukan bawah kementerian, CLP bawah undang-undang. Anda tidak boleh menyuruh saya bercakap bagi pihak peguam negara,” katanya kepada pemberita selepas menutup Kursus Pengurusan dan Pentadbiran Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) dan Ketua Masyarakat Pakatan Harapan Simpang Renggam hari ini.

Perkara berkaitan UEC bawah kementerian boleh dirujuk kepada Pasukan Petugas Dasar UEC yang ditubuhkan untuk mengemukakan maklumat dan mengemukakan syor berhubung isu pengiktirafan sijil itu, katanya.

Menurut Maszlee, sidang media mengenai UEC sudah diadakan pihaknya baru-baru ini dan pihak media diminta merujuk semula kenyataan yang dibuat pada sidang media itu.
“Kita telah tubuh satu jawatankuasa khas (Pasukan Petugas Dasar UEC) dan baru-baru ini kita sudah mengadakan sidang media. Pasukan petugas ini dipengerusikan Pengasas Pusat Kajian dan Dokumentasi Pementasan Tradisional Melayu (Pusaka) Eddin Khoo Bu Eng serta dianggotai Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Mohamad Raimi Ab Rahim dan Presiden Dewan Perniagaan Malaysia-China, Tan Yew Sing.

UEC merupakan sijil yang dikeluarkan Sistem Sekolah Menengah Persendirian Cina Malaysia dan silibusnya tidak mengikut sistem pendidikan kebangsaan. Pengiktirafan UEC antara janji dalam Manifesto Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum ke-14 lepas.

Jumaat lalu, Pengerusi Lembaga Kelayakan Profesion Undang-undang Malaysia (LPQB) Tommy Thomas yang juga peguam negara mengumumkan kelayakan UEC pada tahap “Senior Middle 3” boleh diterima sebagai memenuhi syarat kelayakan di peringkat STPM dan A-Levels bagi tujuan menduduki peperiksaan CLP.

Menurut Tommy mulai 1 Januari 2021, syarat menduduki CLP bagi pemegang sijil UEC ialah lulus sekurang-kurangnya 2 mata pelajaran pada peringkat “Senior Middle 3” dan memperoleh sekurang-kurangnya 5 kepujian di peringkat SPM atau 0-Levels atau setaraf yang diperoleh dalam satu peperiksaan yang sama.

Sumber: Free Malaysia Today


Demikianlah Artikel Sijil Amalan Guaman bukan dibawah KPM - Menteri Pendidikan

Sekianlah artikel Sijil Amalan Guaman bukan dibawah KPM - Menteri Pendidikan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Sijil Amalan Guaman bukan dibawah KPM - Menteri Pendidikan dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2019/03/sijil-amalan-guaman-bukan-dibawah-kpm.html

Subscribe to receive free email updates: