Judul : Sekolah "tanpa tunai" dalam perancangan KPM - Maszlee
link : Sekolah "tanpa tunai" dalam perancangan KPM - Maszlee
Sekolah "tanpa tunai" dalam perancangan KPM - Maszlee
PUTRAJAYA 28 Mac - Kementerian Pendidikan kini dalam perancangan untuk memperkenalkan program sekolah tanpa tunai (cashless school) di sekolah-sekolah di negara ini.
Menterinya, Dr. Maszlee Malik berkata, inisiatif tersebut digerakkan melalui usahasama antara kementerian dan Bank Simpanan Nasional (BSN).
“Program sekolah tanpa tunai kini dalam perancangan kita yang mana ia melibatkan usahasama kita dengan BSN. Dan tadi kita mendapat persepakatan dasar yang mana kita akan adakan projek rintis sekolah terpilih.Menterinya, Dr. Maszlee Malik berkata, inisiatif tersebut digerakkan melalui usahasama antara kementerian dan Bank Simpanan Nasional (BSN).
“Sekarang ini memang ada sekolah yang seperti ke arah tanpa tunai contohnya di Sekolah Kebangsaan Bukit Lanjan. Jadi kini kita hendak memperkembangkan itu di sekolah-sekolah lain juga,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Anugerah Skim Galakan Simpanan Pelajar (SGSP) 2019 di sini hari ini.
Maszlee menambah, kementerian dengan kerjasama BSN sedang giat mengalakkan budaya menabung dan mewujudkan kesedaran literasi kewangan dalam kalangan murid.
“Antara jalan keluar dari kemelut kemiskinan seperti disebut oleh pihak Jupiter Securities pada 2016 adalah bagi keluarga berpendapatan rendah (B40) dan pendapatan sederhana (M40) untuk menabung dan juga mempunyai kesedaran literasi kewangan,” katanya.
Dalam pada itu, ketika berucap pada majlis berkenaan, Maszlee berkata, menerusi sekolah tanpa tunai, murid dan pelajar juga dapat bebas daripada risiko kehilangan atau kecurian wang.
Mungkin pada suatu masa nanti, kata beliau, teknologi membayar hanya menerusi pengesanan Kod Maklum Balas Pantas (Kod QR) sahaja.
“Mungkin nanti dalam masa cucu kita nanti, pembayaran menggunakan pengecaman wajah. Oleh itu, BSN perlu bersedia ke arah itu manakala kementerian juga perlu meneliti langkah berkenaan,” katanya.
Sumber – UTUSAN ONLINE
Demikianlah Artikel Sekolah "tanpa tunai" dalam perancangan KPM - Maszlee
Sekianlah artikel Sekolah "tanpa tunai" dalam perancangan KPM - Maszlee kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Sekolah "tanpa tunai" dalam perancangan KPM - Maszlee dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2019/03/sekolah-tanpa-tunai-dalam-perancangan.html