Judul : Pertimbang semula syarat minimum lepasan SPM ke IPT
link : Pertimbang semula syarat minimum lepasan SPM ke IPT
Pertimbang semula syarat minimum lepasan SPM ke IPT
![]() |
Imej hiasan via Astro Awani |
TERLEBIH dahulu saya sebagai bapa ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah dan syabas kepada para pelajar (anak-anak) lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2018 yang telah berjaya mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan tersebut.
Misalnya untuk memasuki Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) disyaratkan calon mestilah memperoleh gred cemerlang dalam mana-mana lima mata pelajaran sebagai syarat minimum.
Ini memberi gambaran mereka yang tidak memperoleh syarat minimum, terus kempunan untuk berada dalam kursus sedangkan mereka juga mendapat keputusan cemerlang dalam mata pelajaran tertentu seperti Bahasa Melayu, Matematik, Sains, Sejarah, Agama Islam, Perniagaan dan Pertanian contohnya.
Perlu dilihat juga anak-anak guru seluruh Malaysia yang tidak melepasi syarat minimum ini tetapi mereka ada kecemerlangan akademik tertentu dan lain-lain kebolehan, bakat dan pengalaman yang ditimba semasa di sekolah dan di luar sekolah. Jangan hampakan minat dan bakat mereka.
PESARA GBJJ
Negeri Sembilan
Demikianlah Artikel Pertimbang semula syarat minimum lepasan SPM ke IPT
Sekianlah artikel Pertimbang semula syarat minimum lepasan SPM ke IPT kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Pertimbang semula syarat minimum lepasan SPM ke IPT dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2019/03/pertimbang-semula-syarat-minimum.html