Lulusan UEC wajib dapat kepujian dalam Bahasa Melayu bagi menduduki CLP

Lulusan UEC wajib dapat kepujian dalam Bahasa Melayu bagi menduduki CLP - Hallo sahabat Berita Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Lulusan UEC wajib dapat kepujian dalam Bahasa Melayu bagi menduduki CLP, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel berita hari ini, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, Artikel kabar kabur, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Lulusan UEC wajib dapat kepujian dalam Bahasa Melayu bagi menduduki CLP
link : Lulusan UEC wajib dapat kepujian dalam Bahasa Melayu bagi menduduki CLP

Baca juga


Lulusan UEC wajib dapat kepujian dalam Bahasa Melayu bagi menduduki CLP

SERDANG 31 Mac - Lulusan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) yang ingin menduduki Peperiksaan Sijil Amalan Guaman (CLP) perlu lulus dengan kepujian dalam lima subjek wajib termasuk Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching berkata, bagaimanapun beliau tidak mengetahui empat lagi subjek yang lain memandangkan ia diputuskan oleh Lembaga Kelayakan Profesion Undang-undang Malaysia (LPQB).

“Terdapat lima mata pelajaran wajib termasuk Bahasa Melayu, tetapi bagi subjek lain, saya tidak boleh memberi komen bagi pihak lembaga,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis penutup karnival Jom Masuk Institusi Pengajian Tinggi (JMIPT) di sini, hari ini.

Teo turut melahirkan rasa gembira UEC pada tahap Senior Middle 3 diiktiraf sebagai kelayakan pada peringkat Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) dan A-Levels untuk menduduki peperiksaan CLP dan berharap semua pihak tidak mempolitikkan keputusan LPQB tersebut.
“Ini kerana, apabila saya menduduki CLP pada 2004, UEC memang telah diterima. Jangan buat pelbagai tuduhan yang tidak patut terhadap isu ini,” katanya.

Jumaat lalu, Pengerusi LPQB Tommy Thomas yang juga Peguam Negara mengeluarkan kenyataan bahawa kelayakan UEC pada tahap Senior Middle 3 boleh diterima sebagai memenuhi syarat kelayakan di peringkat STPM dan A-Levels bagi tujuan menduduki peperiksaan CLP.

Menurut Tommy mulai 1 Jan 2021, syarat menduduki CLP bagi pemegang sijil UEC ialah lulus sekurang-kurangnya dua mata pelajaran pada peringkat Senior Middle 3 dan memperoleh sekurang-kurangnya lima kepujian di peringkat SPM / 0-Levels / setaraf yang diperoleh dalam satu peperiksaan yang sama.
Sementara itu, mengenai karnival JMIPT, Teo berkata lebih 320,000 pengunjung hadir pada karnival itu yang diadakan di enam lokasi di seluruh negara iaitu di Johor, Sabah, Pulau Pinang, Kelantan dan Sarawak sebelum ini serta yang terakhir di Tapak Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (Maeps) di sini bagi Zon Tengah.

Katanya, program anjuran Kementerian Pendidikan itu diadakan bagi mempromosi dan menyebar luas maklumat mengenai peluang pendidikan tinggi yang ditawarkan universiti awam (UA), institusi latihan kemahiran awam (ILKA), institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) serta institusi lain kepada orang awam dan pelajar bagi urusan kemasukan sesi akademik 2019-2020.

Selain itu, Teo mengingatkan semua pelajar yang ingin mengikuti sesi akademik 2019-2020 untuk medaftar di laman sesawang Unit Pengambilan Pelajar (UPU) yang akan ditutup pada 2 April ini. - BERNAMA


Demikianlah Artikel Lulusan UEC wajib dapat kepujian dalam Bahasa Melayu bagi menduduki CLP

Sekianlah artikel Lulusan UEC wajib dapat kepujian dalam Bahasa Melayu bagi menduduki CLP kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Lulusan UEC wajib dapat kepujian dalam Bahasa Melayu bagi menduduki CLP dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2019/03/lulusan-uec-wajib-dapat-kepujian-dalam.html

Subscribe to receive free email updates: