Lembaga Peperiksaa perjelas kekeliruan format & pemerkasaan PT3

Lembaga Peperiksaa perjelas kekeliruan format & pemerkasaan PT3 - Hallo sahabat Berita Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Lembaga Peperiksaa perjelas kekeliruan format & pemerkasaan PT3, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel berita hari ini, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, Artikel kabar kabur, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Lembaga Peperiksaa perjelas kekeliruan format & pemerkasaan PT3
link : Lembaga Peperiksaa perjelas kekeliruan format & pemerkasaan PT3

Baca juga


Lembaga Peperiksaa perjelas kekeliruan format & pemerkasaan PT3

Berhubung kekeliruan yang timbul mengenai format baharu PT3 yang akan digunakan mulai tahun 2020 dalam pemerkasaan PT3, saya telah memanggil satu perbincangan melibatkan Lembaga Peperiksaan (LP) dan Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP).

Hasilnya saya dimaklumkan bahawa pihak NUTP akan mengukuhkan kerjasama dengan pihak LP bagi mengadakan taklimat khas kepada wakil guru-guru yang terlibat dari setiap negeri.

1. Kekeliruan Mengenai Format

Kekeliruan muncul apabila format PT3 mulai tahun 2019 berkenaan subjek Sejarah dan Geografi dikatakan hanya diumumkan pada Mac 2019. Walhal perkara ini telah pun dibangunkan mengikut kesesuaian dan keperluan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) sejak 2017 lagi.

Semua usaha ini telah mengambil kira pandangan murid, guru, pentadbir dan ibu bapa melalui kajian berkaitan pelaksanaan PT3 yang dijalankan sejak tahun 2015. Malah libat urus berkaitan perubahan format PT3 dan Pemerkasaan PT3 telah diadakan bersama NUTP dan 30 wakil kesatuan dan persatuan guru pada 11 Disember 2018.

Perubahan Format PT3 juga telah dimaklumkan kepada Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) melalui Surat Siaran LP Bil. 5/2018: Format PT3 Bagi Mata Pelajaran KSSM Mulai Tahun 2019 bertarikh 29 November 2018.

Seterusnya, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) telah membuat pemakluman kepada sekolah mulai bulan Disember 2018. Maklumat lanjut berkaitan format PT3 tersebut boleh diperoleh di portal LP: www.lp.moe.gov.my.

2. Pemerkasaan PT3

Malangnya kekeliruan timbul apabila Pemerkasaan PT3 (2020) diumumkan oleh Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (KPPM) pada 14 Mac.

Pengumuman ini sebenarnya tidak berkait lansung mengenai isu format Sejarah & Geografi yang berubah pada 2019 tetapi adalah pengumuman mengenai sistem yang akan berubah pada tahun 2020 nanti.

KPM sentiasa memastikan usaha berterusan bagi meningkatkan kefahaman dan kemahiran guru dalam bidang pentaksiran pendidikan dilaksanakan bagi menjamin kualiti pentaksiran selaras dengan Sistem Pentaksiran Pendidikan Kebangsaan (SPPK).

Saya dengan ini mahu mengucapkan terima kasih kepada Lembaga Peperiksaan di atas penjelasan serta kerjasama pihak NUTP yang bersedia membantu pihak KPM untuk menyebarluaskan maklumat dan bersedia menjadi penghubung untuk menyelesaikan semua kekeliruan tersebut.

DR MASZLEE MALIK
MENTERI PENDIDIKAN MALAYSIA
28 MAC 2019


Demikianlah Artikel Lembaga Peperiksaa perjelas kekeliruan format & pemerkasaan PT3

Sekianlah artikel Lembaga Peperiksaa perjelas kekeliruan format & pemerkasaan PT3 kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Lembaga Peperiksaa perjelas kekeliruan format & pemerkasaan PT3 dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2019/03/lembaga-peperiksaa-perjelas-kekeliruan.html

Subscribe to receive free email updates: