ZAKARIA WAKILI BN UNTUK RAMPAS DUN SEMENYIH DALAM PERTEMBUNGAN 4 PENJURU

ZAKARIA WAKILI BN UNTUK RAMPAS DUN SEMENYIH DALAM PERTEMBUNGAN 4 PENJURU - Hallo sahabat Berita Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul ZAKARIA WAKILI BN UNTUK RAMPAS DUN SEMENYIH DALAM PERTEMBUNGAN 4 PENJURU, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel berita hari ini, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, Artikel kabar kabur, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : ZAKARIA WAKILI BN UNTUK RAMPAS DUN SEMENYIH DALAM PERTEMBUNGAN 4 PENJURU
link : ZAKARIA WAKILI BN UNTUK RAMPAS DUN SEMENYIH DALAM PERTEMBUNGAN 4 PENJURU

Baca juga


ZAKARIA WAKILI BN UNTUK RAMPAS DUN SEMENYIH DALAM PERTEMBUNGAN 4 PENJURU






Zakaria Hanafi, 58, mewakili Barisan Nasional bagi merampas kembali Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih menerusi Pilihan Raya Kecil (PRK) yang dijadualkan berlangsung pada 2 Mac dengan menyaksikan pertandingan empat penjuru.

Zakaria akan ditentang calon Pakatan Harapan (PH) yang diwakili oleh Mohd Aiman Zainali; Parti Sosialis Malaysia (PSM), Nik Aziz Afiq Abdul dan Bebas Khuan Chee Heng.

Dalam penamaan calon yang berlangsung pada 9 pagi, Zakaria menerima sokongan moral daripada pemimpin BN dan PAS antaranya Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan.

Keputusan pencalonan diumumkan Pegawai Pengurus PRK Semenyih Datuk Mohd Sayuthi Bakar, pada kira-kira 10.25 pagi di Dewan Seri Cempaka Majlis Perbandaran Kajang, Saujana Impian, Kajang, kira-kira 12 kilometer dari pekan Semenyih.

Proses pencalonan yang berlangsung selama sejam ditutup pada 10 pagi.

Seramai 54,503 pemilih layak mengundi bagi PRK Semenyih mengikut daftar pemilih sehingga suku ketiga 2018 yang dikemaskini sehingga 11 Januari lalu.

PRK DUN Semenyih diadakan susulan penyandangnya dari PH Bakhtiar Mohd Nor, 57, meninggal dunia di Hospital Kajang pada 11 Januari lalu akibat serangan jantung.

PRK Semenyih adalah PRK keenam diadakan selepas PRU14 pada Mei tahun lalu – yang pertama di DUN Sungai Kandis pada 4 Ogos, DUN Balakong dan DUN Seri Setia (8 Sept), Parlimen Port Dickson (13 Okt) dan Parlimen Cameron Highlands (26 Jan).

Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) 9 Mei lalu, Bakhtiar menewaskan penyandangnya daripada BN, Datuk Johan Abdul Aziz serta dua lagi calon iaitu Mad Shahmiour Mad Kosim (PAS) dan S Arutchelvan PSM.




Demikianlah Artikel ZAKARIA WAKILI BN UNTUK RAMPAS DUN SEMENYIH DALAM PERTEMBUNGAN 4 PENJURU

Sekianlah artikel ZAKARIA WAKILI BN UNTUK RAMPAS DUN SEMENYIH DALAM PERTEMBUNGAN 4 PENJURU kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel ZAKARIA WAKILI BN UNTUK RAMPAS DUN SEMENYIH DALAM PERTEMBUNGAN 4 PENJURU dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2019/02/zakaria-wakili-bn-untuk-rampas-dun.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :